Sindiket Pelacuran Buka Langkah Selepas PKP |
Sindiket Pelacuran Buka Langkah Selepas Pkp
MKL Crimedesk
18/4/2021
Kerajaan buka peluang kepada semua perniagaan untuk memulakan operasi bagi menjana pendapatan negara..
Tapi sindiket pelacuran pula ambil kesempatan dengan membuka semula perniagaan haram itu di beberapa premis sekitar kawasan komersial.
Malah mereka ini menggunakan taktik berselindung di sebalik pusat spa dan kesihatan...
Terbaru, kira kira 3 premis yang menjalankan aktiviti tidak bermoral itu berjaya di tumpas kan dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan IPD Cheras semalam.
Buktinya, 3 bapa ayam dan 21 pelacur asing berusia 20 hingga 43 tahun diberkas dalam 3 serbuan berasingan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Saiful Annuar Yusoff berkata... Serbuan pertama dilakukan di sebuah pusat spa dan kesihatan dekat Taman Maluri...
Pemeriksaan berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang juga penjaga premis dan 5 wanita warga Vietnam disyaki bekerja sebagai pelacur.
Serbuan kedua di Taman Miharja berjaya memberkas seorang lelaki tempatan yang juga penjaga bersama pelacur asing terdiri dari 4 wanita warga Thailand, 1 Laos, 1 Vietnam dan 2 Indonesia.
Serbuan terakhir dekat Bukit Jalil, polis sempat menangkap 1 penjaga dan 8 wanita warga Vietnam.
Kesemua mereka dibawa ke IPD Cheras untuk tindakan lanjut..

Source: MKL Crimedesk YouTube