Translate

14 April 2021

Polis Buru Lelaki Pijak, Acu Pisau, Ugut Bunuh Dua Anak

Polis buru lelaki pijak, acu pisau, ugut bunuh dua anak



Polis buru lelaki pijak, acu pisau, ugut bunuh dua anak

Astro Awani
14/4/2021

TAWAU: Rakaman perbuatan seorang lelaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau dan mengugut untuk membunuh mereka menjadi tular sejak Selasa.

Berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di laman Facebook OrangKunak, kedua-dua kanak-kanak itu dilihat menangis kesakitan dan ketakutan, malah suspek dipercayai turut merakam perbuatannya itu sendiri.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Ulu Balung, Tawau, baru baru ini.

Difahamkan, suspek yang mempunyai masalah rumah tangga dan baru bercerai dengan isterinya, melarikan kanak-kanak dianggarkan berusia antara dua hingga empat tahun itu daripada wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

"Sejurus menerima laporan, sepasukan pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian namun suspek sudah tiada di premis tersebut. Dia kini dipercayai bersembunyi dengan membawa dua anaknya itu," katanya.

Belau berkata, polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada polis dengan segera.

Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa berhubung kes ini.

FOR MORE NEWS GO TO:
Seorang lelaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau
seorang lelaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau
seorang lelaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 5 hrs 4 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 5 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 8 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 8 hrs 41 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 9 hrs 28 mins ago