Translate

14 April 2021

Kompleks Seri Iman, Terengganu Tutup Tiga Hari Susulan 11 Kes Positif

Kompleks Seri Iman di sini ditutup selama tiga hari bermula hari ini berikutan terdapat 11 kes positif COVID-19 

COVID-19: Kompleks Seri Iman, Terengganu tutup tiga hari susulan 11 kes positif

BERNAMA
14/4/2021

KUALA TERENGGANU, 14 April -- Kompleks Seri Iman di sini ditutup selama tiga hari bermula hari ini berikutan terdapat 11 kes positif COVID-19 di bangunan pusat pentadbiran tersebut.

Penutupan itu membabitkan enam premis pejabat di bangunan berkenaan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata perintah penutupan premis itu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembasmian kuman untuk mengawal penyakit berjangkit merebak.

"Ia berkuat kuasa di bawah Seksyen 18 (1) (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Setakat ini, terdapat 177 kes aktif COVID-19 di seluruh Terengganu dan kesemua pesakit berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED