Translate

19 April 2021

Empat orang ditahan Polis Kerana Langgar Belakang Kereta dan Samun

Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun


Langgar belakang kereta dan samun, empat ditahan di Klang

Astro Awani
19/4/2021

KLANG: Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun sehingga mendatangkan kecederaan di Taman Sentosa, Klang, pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli, kejadian dipercayai berlaku pada 4.40 petang melibatkan dua mangsa.

"Siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa bersama sepupunya dilanggar dari belakang oleh kereta dinaiki empat suspek.

"Suspek telah bertindak memecahkan cermin kereta dan menarik mangsa keluar dari kenderaan lalu bertindak memukul mangsa menggunakan kayu.

"Suspek turut merampas telefon bimbit milik sepupu mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata, kesemua suspek telah berjaya ditahan dan kesemua mereka didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan," jelasnya.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED