Translate

12 April 2021

Dua Ketua Jabatan IPK Perak bertukar

Mior Faridalathrash (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik diantara ACP Zakaria Abd Rahman (kiri) kepada Supt Azizan Hassan (kanan) 

Dua Ketua Jabatan IPK Perak bertukar


Astro Awani
12/4/2021

IPOH: Dua Ketua Jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bertukar ke IPK Kedah dalam rombakan yang dilakukan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkuatkuasa Isnin.

Mereka ialah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Senior Asisten Komisioner G.S Suresh Kumar dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Asisten Komisioner Zakaria Abd. Rahman.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, SAC Suresh Kumar akan melaporkan diri sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kedah manakala ACP Zakaria sebagai Ketua Jabatan Pengurusan IPK yang sama.

"Ini adalah acara rasmi polis, pegawai masuk dan pegawai keluar, maka arahan pertukaran keluar dan kita terpaksa tukar dan mereka-mereka yang saya sebutkan tadi telahpun melaporkan kontinjen masing-masing," katanya ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di Ipoh pada Isnin.

Tempat Suresh Kumar akan digantikan oleh SAC Mohd Alwi Zainal Abidin manakala tempat Zakaria akan diambil alih oleh Superintendan Azizan Hassan.

Pada majlis itu turut diadakan upacara serah terima tugas Ketua Polis Daerah Batu Gajah antara ACP Ahmad Adnan Basri dan ACP Mohd Roy Suhaimy Sarif.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih se' 35 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong ' 37 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Fahmi optimis pemilihan PKR seiring hala tuju part' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Israel bunuh lebih 400 orang di Gaza, gencatan sen' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KLIA ranks among top 10 airports globally with nea' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 5 hrs 2 mins ago