Translate

17 April 2021

Kes Pukul Kerana Puasa: Polis Kesan Ada Pihak Ugut Isytihar 'Perang', Nak Kepung Klang

 Datuk Arjunaidi Mohamed

Polis kesan video berbaur ugutan
Dipukul kerana puasa: Polis kesan ada pihak ugut isytihar 'perang', kepung Klang


Astro Awani
16/4/2021

KUALA LUMPUR: Polis menggesa dan menasihatkan masyarakat, agar tidak mengambil tindakan sendiri dan mengeruhkan keadaan susulan kejadian dua pengawal peribadi yang mendakwa dipukul oleh majikan kerana berpuasa, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis turut mengesan kenyataan-kenyataan berbaur ugutan di sebalik beberapa petikan video untuk mengisytiharkan 'perang' dan mengepung kawasan Klang .

Arjunaidi berkata, kenyataan seumpama itu boleh mengeruhkan keadaan serta menjejaskan ketenteraman awam.

"Polis Kontinjen Selangor mengesan beberapa keratan video yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial yang menggesa supaya tindakan setimpal diambil terhadap suspek yang memukul dua orang pengawal peribadi kerana berpuasa.

"Selain daripada itu turut terkesan, beberapa gesaan yang berbaur ugutan daripada pihak tertentu untuk mengisytiharkan 'perang'' dan mengepung kawasan Klang," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut Arjunaidi berkata, mereka yang bertanggungjawab boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian atau menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih.

Mahkamah | Pukul pengawal peribadi sebab puasa, empat lelaki direman

Beliau turut memaklumkan, setakat ini, lima individu ditahan menerusi beberapa siri tangkapan.

Empat daripada mereka katanya, ditahan di Klang Selatan sementara seorang lagi ditahan di sekitar Dang Wangi, di sini.

Kesemua mereka ditahan reman antara lima dan tujuh hari.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED