Translate

14 April 2021

Dibelasah kerana berpuasa

Disebabkan enggan menuruti arahan majikan untuk tidak berpuasa menyebabkan pengawal peribadi bersama rakannya dibelasah 
Dibelasah kerana berpuasa

Kelab Info Malaysia
14/4/2021

Kuala Lumpur: Disebabkan enggan menuruti arahan majikan untuk tidak berpuasa menyebabkan pengawal peribadi bersama rakannya dibelasah dan diacukan pistol, semalam.

Mangsa berusia 43 tahun bersama seorang lagi rakan sekerja dibelasah menggunakan rotan oleh majikannya di rumah di Batu Nilam, Klang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebelum itu mangsa berusia 26 tahun bersama majikannya seorang lelaki berusia 43 tahun berada di kondominium di Jalan Pinang, di sini pada 10 malam.

Menurutnya, suspek kemudian memarahi mangsa yang memaklumkan dia berpuasa sebelum menamparnya.

"Sebaik tiba di rumah suspek di Batu Nilam, Klang, mangsa dibelasah dengan rotan selain diacukan pistol oleh suspek.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan beku dan lebam pada badan sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang," katanya hari ini.

Katanya, dua mangsa sudah bekerja dengan suspek sebagai pengawal peribadi sejak tiga dan tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, suspek akan memarahi mangsa jika mengetahui pekerjanya itu berpuasa dan memaksa agar tidak meneruskannya.

"Polis kini sedang mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Source: Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED