Translate

22 April 2021

Covid-19 Malaysia 22 April | New Cases - 2,875 Total- 384,688 | Recovered- 2,541, Active- 22,014 | Deaths- 7, Total- 1,407



Kenyataan Akhbar KPK 22 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

22 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,541 kes (361,267 kes kumulatif, 93.9%);
  • Kes baharu : 2,875 kes (384,688 kes kumulatif);
  • Kes import : 29 kes (1 warganegara, 28 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,846 kes [2,644 warganegara (92.9%); 202 bukan warganegara (7.1%)];
  • Kes aktif : 22,014 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 248 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 115 kes;dan
  • Kes kematian : 7 kes (1,407 kes kumulatif, 0.37%; 6 warganegara; 1 bukan warganegara).

Pada hari ini, Kelantan melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 662 kes (23.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 567 kes (85.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor  sebanyak 633 kes (22.0 peratus) dan Sarawak sebanyak 474 kes (16.5 peratus).

Sebanyak 51 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, penjara, dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Pagar Siput Dua (29 kes), Kluster DTI Lenggeng (17 kes), Kluster Tembok Tapah (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), dan Kluster Tembok Sri Aman (1 kes).

Terdapat tujuh (7) kes kematian pada hari ini yang melibatkan tiga (3) kes di Sabah, dua (2) kes di Selangor, dan masing-masing satu (1) kes di Sarawak dan Kelantan. Sebanyak enam (6) kes melibatkan warganegara dan satu (1) bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 22 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,565 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,213 kluster [termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Putra Satu, Kluster Tapak Bina Jalan Kenangan, Kluster Balakong Satu, dan Kluster Siasai Tamu];
  • Jumlah kluster aktif : 352 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 74 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Kampung Domis (162 kes), Kluster Jalan Hospital (101 kes), dan Kluster Jalan Shah Banting (55 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima (5) kluster tempat kerja, empat (4) kluster komuniti, tiga (3) kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan satu (1) kluster keagamaan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan SemtecSelangorTempat Kerja
2Jalan Industri MekanikalJohorTempat Kerja
3Jalan SkinJohorTempat Kerja
4Kota SawitSabahTempat Kerja
5Jalan SalahuddinWP Kuala LumpurTempat Kerja
6Jalan RajiSelangorKomuniti
7Sungai BanusSarawakKomuniti
8Jalan Pokok ManggaMelakaKomuniti
9Taman ChangkatPerakKomuniti
10Jalan Shah BantingSelangorSekolah / Institusi Pendidikan KPM
11MengkebangKelantanSekolah / Institusi Pendidikan KPM
12DinamikKedahSekolah / Institusi Pendidikan KPM
13Kampung BangkahuluNegeri SembilanKeagamaan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 April 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR633 (1)125,744
SABAH160 (1)57,324
JOHOR16943,872
WP KUALA LUMPUR332 (26)41,212
SARAWAK47426,032
PULAU PINANG14418,722
NEGERI SEMBILAN5518,102
PERAK4914,225
KELANTAN  66210,199
KEDAH919,319
MELAKA427,053
PAHANG294,854
TERENGGANU223,941
WP LABUAN3 (1)2,439
WP PUTRAJAYA101,296
PERLIS0354
JUMLAH KESELURUHAN2,875  (29)384,688

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,875 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Kelantan: 662 kes 
    • 368 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mengkebang;
    • 199 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 633 kes 
    • 87 kes daripada kluster-kluster, termasuk 70 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Shah Banting, Kluster Jalan Raji, Kluster Jalan Semtec, dan Kluster Jalan Salahuddin;
    • 443 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 102 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 474 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Banus;
    • 370 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 78 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 332 kes  
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Salahuddin;
    • 184 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 26 kes import dari luar negara; dan
    • 119 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 169 kes  
    • 88 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Industri Mekanikal dan Kluster Jalan Skin;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 160 kes 
    • 63 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kota Sawit;
    • 61 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 144 kes 
    • 58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 91 kes
    • 53 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Dinamik;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 55 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Bangkahulu;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 49 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Changkat;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 42 kes
    • 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pokok Mangga;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 29 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 22 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 10 kes
    • Dua (2) kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes import dari luar negara.

LAMPIRAN 3

Ringkasan tujuh (7) kes kematian pada 22 April 2021 adalah seperti berikut:

No.  Kematian Negeri Jantina  (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang 
1401SabahLelaki (WN)44Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit gout dan obesiti
1402SarawakLelaki (WN)80Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan paru-paru obstruktif kronik
1403KelantanPerempuan (WN)49Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit buah pinggang kronik
1404SelangorPerempuan (WN)54Hospital SerdangPenyakit dislipidemia
1405SelangorLelaki (WN)71Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, gout, dan thoracic aneurysm
1406SabahLelaki (WN)66Hospital TawauPenyakit tuberkulosis 
1407SabahPerempuan (BWN)78Hospital TawauPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN SEMTEC

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Semtec 3, Semenyih Technology Park, Hulu Langat. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN INDUSTRI MEKANIKAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-377847) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkilangan yang terletak di Jalan Industri 2, Taman Perindustrian Pekan Nenas, Pontian. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 119 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SKIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-368806) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Skin, Kota Kechil, Kota Tinggi. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 105 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KOTA SAWIT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-364597) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan di tempat kerja. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Pekan Kota Kinabatangan, Kinabatangan. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 194 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SALAHUDDIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Petaling, Hulu Langat dan Gombak di Selangor; dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-372981) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN RAJI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Petaling, Sabak Bernam dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 361107) dilaporkan positif COVID-19 pada 12  April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Mat Raji, Padang Jawa, Shah Alam, Petaling. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 110 individu telah disaring, di mana 42 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI BANUS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Selangau di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti yang menetap di Sungai Anus, Selangau. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN POKOK MANGGA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah di  Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 377073) dilaporkan positif COVID-19 pada 19  April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Pokok Mangga, Melaka Tengah. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN CHANGKAT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381232) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Changkat, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Hilir Perak. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SHAH BANTING

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 April 2021 hasil saringan bersasar pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Sultan Suleiman Shah, Banting, Kuala Langat. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 913 individu telah disaring, di mana 58 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MENGKEBANG

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kuala Krai di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359037) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan masuk wad. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Mengkebang, Kuala Krai. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 178 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DINAMIK

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kota Setar di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381650) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Sultanah, Alor Setar. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG BANGKAHULU

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Tampin dan Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-370174) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bangkahulu, Tampin. Sehingga 22 April 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED