Kenyataan Akhbar KPK 17 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
17 APRIL 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 1,832 kes (352,395 kes kumulatif, 94.5%);
- Kes baharu : 2,331 kes (372,859 kes kumulatif);
- Kes import : 12 kes (7 warganegara, 5 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 2,319 kes [2,098 warganegara (90.5%); 221 bukan warganegara (9.5%)];
- Kes aktif : 19,094 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 225 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 92 kes;dan
- Kes kematian : 5 kes (1,370 kes kumulatif, 0.37%; 5 warganegara).
Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 751 kes (32.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 623 kes (83.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 512 kes (22.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 252 kes (10.8 peratus).
Sebanyak 39 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Lenggeng (24 kes), Kluster Jalan Salleh (11 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (3 kes), dan Kluster DTI Sandakan (1 kes).
Terdapat lima (5) kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing dua (2) kes di Selangor dan Sabah, serta satu (1) kes di Sarawak. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 17 April 2021:
- Jumlah kluster : 1,515 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,168 kluster [termasuktujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Pulau Pisang, Kluster Bukit Marak, Kluster Dagang Permai, Kluster Perusahaan Jalan Bukit, Kluster Jalan Lapangan Terbang, Kluster Jalan Rawang, dan Kluster Teratai];
- Jumlah kluster aktif : 347 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 69 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Ulu Balingian (101 kes), Kluster Jalan Bukit Belida (37 kes), dan Kluster Jalan Kota Kubang Labu (32 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat (4) kluster tempat kerja, tiga (3) kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan satu (1) kluster komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No. | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Jalan Ding Lik Kwong | Sarawak | Tempat Kerja |
2 | Jalan Damai Tawau | Sabah | Tempat Kerja |
3 | Bukit Quoin | Sabah | Tempat Kerja |
4 | Jalan Wawasan Lima | Johor | Tempat Kerja |
5 | Ulu Balingian | Sarawak | Sekolah / Institusi Pendidikan KPM |
6 | Jalan Disa | Sarawak | Sekolah / Institusi Pendidikan KPM |
7 | Jalan Maktab | Selangor | Sekolah / Institusi Pendidikan KPM |
8 | Seri Kuantan | Pahang | Komuniti |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
17 April 2021 @ 6.00 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 17 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 751 (1) | 123,158 |
SABAH | 163 | 56,673 |
JOHOR | 100 | 42,929 |
WP KUALA LUMPUR | 252 (11) | 39,916 |
SARAWAK | 512 | 23,432 |
PULAU PINANG | 116 | 18,200 |
NEGERI SEMBILAN | 89 | 17,873 |
PERAK | 42 | 14,026 |
KEDAH | 45 | 9,051 |
KELANTAN | 225 | 8,116 |
MELAKA | 9 | 6,887 |
PAHANG | 20 | 4,680 |
TERENGGANU | 0 | 3,879 |
WP LABUAN | 2 | 2,421 |
WP PUTRAJAYA | 4 | 1,272 |
PERLIS | 1 | 346 |
JUMLAH KESELURUHAN | 2,331 (12) | 372,859 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 2,331 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 17 April 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 751 kes
- 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Maktab;
- 583 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 127 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 512 kes
- 167 kes daripada kluster-kluster, termasuk 117 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Disa, Kluster Jalan Ding Lik Kwong, dan Kluster Ulu Balingian;
- 222 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 123 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 252 kes
- Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 149 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- 11 kes import dari luar negara; dan
- 87 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 225 kes
- 65 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 128 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 163 kes
- 72 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bukit Quion dan Kluster Jalan Damai Tawau;
- 62 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 116 kes
- 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 52 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 100 kes
- 43 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Wawasan Lima;
- 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 89 kes
- 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 45 kes
- 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 42 kes
- 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 20 kes
- Lapan (8) kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Kuantan;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: Sembilan (9) kes
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perlis: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan lima (5) kes kematian pada 17 April 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
1366 | Selangor | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Ampang | Penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, dan obesiti |
1367 | Selangor | Perempuan (WN) | 76 | Hospital Ampang | Penyakit darah tinggi, kencing manis, dan jantung |
1368 | Sabah | Lelaki (WN) | 61 | Hospital Tawau | Penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang kronik, dan jantung |
1369 | Sabah | Perempuan (WN) | 86 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit darah tinggi, kencing manis, dan strok |
1370 | Sarawak | Perempuan (WN) | 68 | Hospital Miri | Penyakit jantung |
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER JALAN DING LIK KWONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-363299) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Ding Lik Kwong, Sibu. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN DAMAI TAWAU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362764) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perkhidmatan yang terletak di Jalan Damai, Tawau. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER BUKIT QUOIN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-358127) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Hill Tawau, Sabah. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN WAWASAN LIMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361317) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 5, Batu Pahat. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 178 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER ULU BALINGIAN
Kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Selangau di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 April 2021 hasil saringan bersasar pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Ulu Balingian, Selangau. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 200 individu telah disaring, di mana 101 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN DISA
Kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-365062) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Disa, Sibu. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 199 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN MAKTAB
Kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Sepang dan Hulu Langat di Selangor serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-366010) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Maktab, Bandar Baru Bangi, Sepang. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di manasembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SERI KUANTAN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang serta daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-368956) dilaporkan positif COVID-19 pada16 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis yang berlangsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 10 April 2021. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
17/4/2021
Sehingga 17 April 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,331 kes (372,859 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 751 (123,158)
Sabah - 163 (56,673)
Johor - 100 (42,929)
WP KL - 252 (39,916)
Sarawak - 512 (23,432)
Pulau Pinang - 116 (18,200)
Negeri Sembilan - 89 (17,873)
Perak - 42 (14,026)
Kedah - 45 (9,051)
Kelantan - 225 (8,116)
Melaka - 9 (6,887)
Pahang - 20 (4,680)
Terengganu - 0 (3,879)
WP Labuan - 2 (2,421)
WP Putrajaya - 4 (1,272)
Perlis - 1 (346)