Translate

14 April 2021

Covid-19 Malaysia 14 April | New Cases - 1,889 Total- 365,829 | Recovered- 1,485, Active- 16,696 | Deaths- 8, Total- 1,353











Kenyataan Akhbar KPK 14 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

14 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,485 kes (347,780 kes kumulatif, 95.1%);
  • Kes baharu : 1,889 kes (365,829 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (3 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 1,883 kes [1,689 warganegara (89.7%); 194 bukan warganegara (10.3%)];
  • Kes aktif : 16,696 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 204 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 79 kes;dan
  • Kes kematian : 8 kes (1,353 kes kumulatif, 0.37%; 7 warganegara, 1 bukan warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 517 kes (27.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 379 kes (73.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 489 kes (25.9 peratus) dan Kelantan sebanyak 226 kes (12.0 peratus).

Sebanyak 94 kes (5.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sri Aman (76 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (14 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (4 kes).

Terdapat lapan (8) kes kematian pada hari ini yang melibatkan lima (5) kes di Sarawak dan masing-masing satu (1) kes di  Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Sabah. Sebanyak tujuh (7) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 14 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,485 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,144 kluster (termasuk10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Senu, Kluster Jalan Lada Sulah, Kluster Tapak Bina Jalan U-Thant, Kluster Jalan Tasek Avenue, Kluster Pasar Bidor, Kluster Jalan Damai, Kluster Kompleks Perabut, Kluster Jalan Jelapang, Kluster DTI Persiaran Wawasan, dan Kluster Jalan Main Bazaar);
  • Jumlah kluster aktif : 341 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 72 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tembok Sri Aman (76 kes), Kluster Jalan Puncak Borneo (47 kes), dan Kluster Permatang Berangan (27 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan enam (6) kluster tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan KhidmatSabahTempat Kerja
2Batu SepuluhSabahTempat Kerja
3Jalan Mohd TaibSelangorTempat Kerja
4Jalan SempilaiPulau PinangTempat Kerja
5Permatang BeranganKedahTempat Kerja
6Jalan GapamMelakaTempat Kerja
7Jalan SahadiSelangorKomuniti

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI “PROTEIN SPIKE” COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 14 April 2021, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Kesihatan Negara (NIH), KKM telah menjalankankan analisis terhadap lebih daripada 273 turutan jujukan genom penuh virus SARS-CoV-2 (COVID-19) dari sampel klinikal. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 128 turutan jujukan genom penuh telah dijalankan pada tahun 2020 dan 145 turutan jujukan genom penuh telah dijalankan dalam tahun 2021 (sehingga April 2021). Daripada 145 turutan jujukan genom penuh setakat tahun ini, 22 kes (15.2%) adalah jenis Variants of Concerns (VOC) manakala 123 kes (85.8%) merangkumi varian bukan VOC yang majoritinya adalah jenis B.1.524. 

Survelan genomik virus COVID-19 menunjukkan bahawa virus tersebut mengalami perubahan dari semasa ke semasa apabila terdapat kemasukan varian yang lain dari luar negara. Sebagai contoh, virus yang terlibat dalam gelombang pertama dapat dikelaskan sebagai Clade L, Lineage Wuhan B ancestral, iaitu berasal dari Wuhan dan disebarkan oleh individu yang berasal dari Wuhan, China. Seterusnya Malaysia dilanda oleh gelombang kedua yang merangkumi beberapa clade dikaitkan dengan pelbagai kluster termasuk Kluster Sri Petaling.

Kini, gelombang ketiga yang bermula di Sabah selepas Kluster Benteng LD pula melibatkan pengenalan varian yang mempunyai mutasi D614G serta A701V. Lineage yang paling ketara semasa gelombang ketiga adalah B.1.524 yang merupakan varian yang paling banyak dalam jumlah turutan jujukan genom penuh setakat ini.

Pengesanan Variant of Concern (VOCs)

Sejak 3 Februari 2021,Variant of Concerns (VOCs) mula dikesan di Malaysia di mana dua (2) kes pertama varian UK B.1.1.7 telah dikesan melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangasa (PMA). Saringan di PMA seterusnya mengesan dua (2) kes varian Nigerian B.1.525 pada 5 Mac 2021.

Pada 18 Mac 2021, varian South Afican B.1.351 pula telah ditemui di kalangan dua (2) kakitangan syarikat yang berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Kluster Jalan Lima serta satu (1) kes masing-masing dari Kluster Kebun baru dan saringan kontak rapat. Bagi mengesan sejauh mana penyebaran lineage B.1.351, lebih banyak kes-kes di kawasan geografi yang berdekatan termasuk daerah Kuala Langat dan daerah Sepang telah dijalankan turutan jujukan genom penuh.

Sehingga 14 April 2021, sejumlah 17 kes positif COVID-19 jangkitan tempatan telah dikenal pasti dijangkiti dengan varian South African B.1.351 di Malaysia. Sehingga kini, analisis filogenetik serta hubungkait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama.

Jadual menunjukkan varian South Africa B.1.351 yang terdapat di dalam kluster-kluster dan saringan kontak rapat.

 KES COVID-19SARINGANVARIAN SOUTH AFRICAN B.1.351
Kluster Jalan Lima574473
Kluster Kebun Baru1,1161,5859
Kluster Teknologi Emas2513181
Saringan kontak rapat34

Berikut adalah ringkasan survelan genomik untuk negeri-negeri lain:

NEGERISAMPELKEPUTUSAN
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur143 kesLineage B.1.524 adalah yang paling dominan. Lineage ini mempunyai mutasi spike D614G dan A701V.  
Sarawak7 kesLineage B.1.466.2 dan B.1.524. Kedua-dua lineage ini memiliki mutasi D614G.
Sabah36 kes (Kluster Benteng LD, Kluster Saguking, Kluster Tenaga dan beberapa kes lain)Lineage B.1.466.2 dan B.1.524.
Labuan8 kes (Kluster Jalan Mohammed Salleh dan Kluster Taman Makhota ImpianLineage B.1.466.2
KedahKluster Tembok, Kluster Sivagangga, Kluster Tawar, Kluster Sala dan Kluster SungaiD614G
Melaka, Negeri Sembilan, dan KelantanKluster Kaya dan Kluster HilirB.1.36.16
Johor2 kes dari Kluster Bukit TiramLineage B.1.1.63. Mengandungi mutasi spike D614G dan S12F.
Pulau Pinang3 kesLineage B.1.524. Mengandungi mutasi spike D614G dan A701V.

Selain daripada negeri-negeri yang disebut di atas, Unit Virologi IMR juga menerima sampel dari Perak, Pahang dan Terengganu. Tetapi turutan jujukan genom penuh tidak berjaya dijalankan. Ini disebabkan oleh tahap viral load yang rendah dalam sampel-sampel yang diterima. Namun Unit Virologi IMR masih meneruskan survelan genomik yang merangkumi banyak kes-kes penting di Malaysia.

KKM akan sentiasa mengambil langkah sewajarnya bagi mencegah berlakunya limpahan varian baru ke Malaysia. Sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 April 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 14 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR517 (2)121,358
SABAH142 (1)56,165
JOHOR8442,526
WP KUALA LUMPUR134 (2)39,248
SARAWAK489 (1)21,448
PULAU PINANG9217,859
NEGERI SEMBILAN5117,697
PERAK5613,884
KEDAH538,945
KELANTAN  2267,506
MELAKA66,797
PAHANG134,579
TERENGGANU143,806
WP LABUAN12,415
WP PUTRAJAYA81,254
PERLIS3342
JUMLAH KESELURUHAN1,889 (6)365,829

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,889 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 14 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 517 kes 
    • 80 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mohd Taib dan Kluster Jalan Sahadi;
    • 299 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 489 kes
    • 173 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 255 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 226 kes 
    • 58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 120 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 48 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 142 kes 
    • 70 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Sepuluh dan Kluster Jalan Khidmat;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 134 kes  
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 75 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 52 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 92 kes 
    • 17 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sempilai;
    • 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 84 kes  
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 56 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 53  kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Permatang Berangan;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 51 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 14 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lapan (8) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gapam;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 13 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

LAMPIRAN 3

Ringkasan lapan (8) kes kematian pada 14 April 2021 adalah seperti berikut:

No.    Kematian Negeri Jantina  (warganegara) Umur (tahun) Hospital Tempat Kematian Latar Belakang 
1346SarawakPerempuan  (WN)78Hospital Umum Sarawak, KuchingPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1347WP Kuala LumpurLelaki   (WN)70Hospital Sungai BulohPenyakit kanser hati dan Brown Sequard Syndrome
1348SarawakPerempuan  (WN)78Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1349SarawakLelaki   (WN)79Hospital BintuluPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, strok, tuberkulosis, dan Thoracic Aorta Ectasia
1350SarawakLelaki   (WN)60Hospital BintuluPenyakit darah tinggi dan gout
1351SarawakLelaki   (WN)55Hospital SarikeiPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1352SelangorPerempuan  (WN)89Hospital Sungai Buloh
1353SabahLelaki (BWN)45Hospital Tawau

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN KHIDMAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361255 dan kes ke-361256) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Khidmat, Kota Kinabalu. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 796 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BATU SEPULUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340921) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Batu 10, Apas, Tawau. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MOHD TAIB

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353449) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah gudang pasar raya yang terletak di Jalan Mohd Taib, Kawasan Perindustrian Sungai Choh, Hulu Selangor. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SEMPILAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-360493) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Sempilai, Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERMATANG BERANGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kampung Baru, Permatang Berangan, Sungai Petani. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN GAPAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359044) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Gapam Bemban, Melaka Tengah. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SAHADI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sepang, Klang, dan Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359487) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Jalan Sahadi, Kampung Sungai Pelek, Sepang pada 3 April 2021. Sehingga 14 April 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED