Translate

14 April 2021

Bayi 14 Hari Ditinggalkan Di Luar Pintu Hospital

Bayi 14 Hari Ditinggalkan Di Luar Pintu Hospital

Bayi 14 hari ditinggalkan di luar pintu hospital

Kelab Info Malaysia
14/4/2021

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan yang dianggarkan berusia 14 hari dan cukup sifat ditemui ditinggalkan di luar pintu sebuah hospital swasta di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung perkara itu pada pukul 8.45 malam.

Katanya, bayi itu ditemui seorang kakitangan hospital yang bertugas sebagai penyambut tetamu yang terdengar bunyi tangisan.

“Lelaki itu yang bertindak menuju ke arah bunyi berkenaan menemui bayi berkenaan sebelum melaporkan perkara tersebut kepada ketua jururawat yang bertugas ketika kejadian.

“Pemeriksaan oleh ketua jururawat mendapati bayi yang diletakkan di atas lantai dan lengkap berpakaian itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, kecuali satu tangkal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Padzli turut memberitahu, bayi berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sebelum ditempatkan di Wad Kanak-Kanak untuk pemantauan lanjut.

“Pemeriksaan dibuat pihak hospital mendapati bayi berkenaan dalam keadaan baik dan dianggarkan berusia 14 hari,” ujarnya.

Sementara itu beliau berkata, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati seorang suspek wanita kelihatan mengendong bayi dilihat berjalan sekitar kawasan hospital, namun tiada rakaman jelas dimana bayi berkenaan ditinggalkan.

“Sehubungan itu, polis memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis JBS di talian 07-2182323.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya,” katanya lagi.

Source: Kosmo
Bayi 14 Hari Ditinggalkan Di Luar Pintu Hospital

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED