Translate

17 April 2021

Ambulans Bertembung Perodua Kenari

Seorang Parah Ambulans Bertembung Perodua Kenari



Seorang parah ambulans bertembung Perodua Kenari

Info Roadblock JPJ/POLIS
17/4/2021

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lelaki mengalami kecederaan parah apabila kereta Perodua Kenari dipandunya dirempuh oleh sebuah ambulans hospital swasta di Kilometer 5 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa berusia 25 tahun itu dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, kemalangan tersebut membabitkan ambulans dari arah Kota Tinggi yang sedang membawa pesakit.

Katanya, hasil siasatan awal dijalankan mendapati ambulans berkenaan dipercayai tidak berhenti di lampu isyarat lalu melanggar kereta dipandu yang datang dari arah Jalan Dato Sulaiman, di sini.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu tersebut mengalami kecederaan dan telah dihantar oleh Ambulans HSA bagi menerima rawatan di unit kecemasan.

“Pemandu ambulan terlibat tidak mengalami kecederaan dan telah tampil membuat laporan polis di Balai Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Source: Kosmo

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED