Translate

16 April 2021

295 lagi pelatih positif COVID-19, PKPD di PULAPOL Puncak Borneo

Datuk Aidi Ismail

295 lagi pelatih positif COVID-19, PKPD di PULAPOL Puncak Borneo

Astro Awani
16/4/2021

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Puncak Borneo mulai hari ini sehingga 29 April 2021.

Ia susulan peningkatan 295 lagi kes positif COVID-19 melibatkan pelatih.

Jelas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail, langkah ini perlu melihat peningkatan jumlah kes dan dikhuatiri akan terus merebak ke luar.

“Kita sekarang mempunyai sejumlah 415 pelatih yang telah dijangkiti.

"Saya harap dengan PKPD ini, kita dapat mengekang penyebaran lebih jauh dan menurunkan angka.

"Kita mahu menamatkan wabak ini di sini secepat mungkin." katanya selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk melawat Bilik Operasi PKPD di sana hari ini.

Menurut Aidi, 20 tenaga pengajar dan ahli keluarga mereka juga didapati positif COVID-19 dari Kluster Jalan Puncak Borneo.

13 April lalu, sekumpulan 61 pelatih telah dijangkiti dan kes indeks merupakan seorang pelatih yang menjalani ujian calitan di Klinik Kesihatan Kota Sentosa pada 9 April.

Pelatih dari Perlis itu tiba untuk latihan pada 22 November 2020 dan disahkan positif pada 12 April 2021.

Dalam pada itu, semua yang dijangkiti sedang dirawat dan menjalani isolasi di pusat itu sendiri.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menubuhkan klinik kesihatan 24 jam dan Pusat Penilaian Covid (CAC) di sana.

Operasi pengesanan kes aktif (ACD) telah dijalankan pada 12 hingga 14 April lalu melibatkan 633 kontak rapat.

Manakala ACD kedua akan dijalankan pada 17 hingga 19 April melibatkan 2000 kontak rapat yang lain.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED