Translate

28 March 2021

Perpecahan UMNO-Bersatu Sememangnya Ditunggu PH - Guan Eng

Perpecahan UMNO-Bersatu sememangnya ditunggu PH - Guan Eng

Astro Awani
28/3/202

BENTONG: Ramalan perpecahan undi Melayu susulan krisis hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membuka ruang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk kembali berkuasa.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perpecahan itu sememangnya dinantikan oleh Pakatan Harapan untuk mendapatkan sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Tambah Guan Eng, andai parti Melayu terbesar itu berpecah dan PH tetap bersatu, ini pastinya memberi peluang buat PH kembali ke Putrajaya.

"Sama ada mereka akrab atau tidak, sama ada akrab atau sebaliknya, sama ada mereka pecah atau sebaliknya, ini ialah masalah keluarga mereka.

"Kita (PH) kena bersatu, kalau kita terus bersatu saya rasa peluang Pakatan Harapan (kembali memerintah) masih ada," katanya selepas merasmikan Konvensyen Biasa Negeri DAP peringkat Pahang di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut mengenai slogan 'No DAP dan NO Anwar', Guan Eng berkata, ia bukanlah sesuatu mengejutkan kerana kini parti Bersatu pula dikritik malah terdapat segelintir pemimpin UMNO terang-terangan menolak parti pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

"Sekarang tambah (satu lagi) No Bersatu. Ini yang sekarang dilihat mereka lebih menumpukan perhatian (kritik) Bersatu. Tengoklah dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU2020) kebanyakan masa sasarannya adalah parti Bersatu. Itu masalahkeluarga mereka, saya tidak mahu campur tangan," katanya lagi.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 2 hrs 48 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Nevada viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Boydton viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 3 hrs 3 mins ago