Translate

15 January 2021

Video: Markas Judi Online Kena Gempur

                                   



MKL Crimedesk
15/1/21

Polis membongkar satu lagi kegiatan pusat kawalan perjudian secara atas talian atau Calling Centre yang menjadikan kondominium mewah sebagai markas operasi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata bertindak atas maklumat dan risikan..

sepasukan anggota polis dari bahagian siasatan jenayah IPD Sentul melakukan serbuan pada jam 8.30, 7 Januari lepas di Kepong.

Hasil serbuan polis telah menahan lima lelaki dan dua wanita warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 40 tahun

Serbuan juga membawa kepada rampasan 27 skrin komputer, 11 buah CPU, 1 buah komputer riba..

..Peranti internet, Telefon bimbit, Alatan rakaman litar tertutup dan peralatan komputer yang lain.

Hasil siasatan mendapati sindiket itu telah beroperasi sejak 3 bulan yang lalu dengan menggunakan premis perumahan awam yang disewa sebagai pusat aktiviti judi atas talian.

Ia bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam penganjuran dan mempromosi aktiviti perjudian. 

Source: MKL Crimedesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 20 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 3 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 3 hrs 57 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 4 hrs 13 mins ago