Translate

27 January 2021

Pegawai Bomba Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah


Pegawai Bomba mengaku tidak bersalah terima rasuah


BERNAMA
27/01/2021


SEREMBAN, 27 Jan -- Seorang anggota bomba mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM1,800 kira-kira dua tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Md Azli Johar, 43, didakwa memperoleh wang itu daripada seorang wanita supaya memberi maklum balas terhadap permohonan lesen perniagaan syarikat milik wanita berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Al-Baraqah, Pekan Gemencheh, Tampin, pada 11 pagi, 22 Okt 2019 dengan pertuduhan dibuat menurut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 2 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala tertuduh diwakili peguam M. Sivam.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED