BERNAMA
02/11/2020
PARIT, 2 Nov -- Polis sedang menyiasat sekiranya terdapat unsur jenayah dalam insiden kebakaran melibatkan tiga kenderaan milik sebuah keluarga yang diparkir berhampiran Rancangan Perumahan Awam (RPA), Changkat Sodang di Seri Iskandar, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata dalam kejadian kira-kira 1.50 pagi itu, ketiga-tiga kenderaan masing-masing jenis Perodua Kancil, Perodua Viva dan Toyota Hiace yang bersebelahan terbakar sebelum berjaya dipadam oleh pihak bomba.
Katanya pemilik semua kenderaan itu merupakan adik-beradik dan seorang daripadanya telah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Iskandar mengenai kejadian itu kira-kira 10.14 pagi tadi.
“Kes masih dalam siasatan awal bahagian forensik pihak bomba dan jika ada unsur jenayah polis akan ambil alih siasatan. Bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak juga turut turun menjalankan siasatan awal. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata Toyota Hiace itu terbakar 80 peratus manakala Perodua dan Perodua Viva masing-masing 30 serta 90 peratus.
-- BERNAMA