Translate

27 November 2020

Kerajaan tidak lantik pihak ketiga untuk pengurusan rekalibrasi PATI - KSM





27/11/2020 12:50 PM
BERNAMA



PUTRAJAYA, 27 Nov -- Kerajaan tidak melantik pihak ketiga atau mana-mana vendor untuk menguruskan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Program Rekalibrasi Pulang di bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang dilaksanakan sejak 16 Nov lepas.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata sejak program itu bermula, pihaknya yang bertanggungjawab untuk meluluskan kuota kelayakan, telah menerima 113 permohonan majikan melibatkan 17,292 permohonan kuota, untuk menggajikan pekerja asing.

“Pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan Pelan Rekalibrasi PATI, tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.


“KSM memandang serius perkara ini dan akan menjalankan siasatan terperinci ke atas pihak yang mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan Pelan Rekalibrasi PATI bagi mengelakkan berlakunya manipulasi terhadap majikan atau PATI yang terlibat,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

KSM berkata tindakan undang-undang di bawah Seksyen 7, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246) akan dikenakan kepada pihak yang didapati bersalah, dengan denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Rekalibrasi PATI adalah kerjasama antara dua kementerian iaitu KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bermula 16 Nov lepas.



-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 2 hrs 54 mins ago