Translate

27 November 2020

Kerajaan tidak lantik pihak ketiga untuk pengurusan rekalibrasi PATI - KSM





27/11/2020 12:50 PM
BERNAMA



PUTRAJAYA, 27 Nov -- Kerajaan tidak melantik pihak ketiga atau mana-mana vendor untuk menguruskan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Program Rekalibrasi Pulang di bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang dilaksanakan sejak 16 Nov lepas.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata sejak program itu bermula, pihaknya yang bertanggungjawab untuk meluluskan kuota kelayakan, telah menerima 113 permohonan majikan melibatkan 17,292 permohonan kuota, untuk menggajikan pekerja asing.

“Pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan Pelan Rekalibrasi PATI, tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.


“KSM memandang serius perkara ini dan akan menjalankan siasatan terperinci ke atas pihak yang mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan Pelan Rekalibrasi PATI bagi mengelakkan berlakunya manipulasi terhadap majikan atau PATI yang terlibat,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

KSM berkata tindakan undang-undang di bawah Seksyen 7, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246) akan dikenakan kepada pihak yang didapati bersalah, dengan denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Rekalibrasi PATI adalah kerjasama antara dua kementerian iaitu KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bermula 16 Nov lepas.



-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS ' 48 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA FILEM AKSI PALING EPIK T' 1 min ago
A visitor from Ashburn viewed 'BARA NAGA FILEM AKSI PALING EPIK T' 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Dua individu ditahan terlibat sindiket menyamar ej' 5 mins ago
A visitor from Phoenix viewed 'FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah berikutan se' 13 mins ago
A visitor from Semenyih viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 13 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal' 16 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Semenyih viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zambry ke Turkiye, Arab Saudi, perkukuh kerjasama ' 26 mins ago