Translate

29 November 2020

Lelaki Iraq Dan Bukan Bangladesh Ditahan Pukul Mangsa Dengan Batang Besi (2 Videos

            

Lelaki Iraq dan bukan Bangladesh ditahan pukul mangsa dengan batang besi

BERNAMA
29/11/2020 



JOHOR BAHRU, 29 Nov -- Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Iraq berusia 41 semalam bagi membantu siasatan insiden memukul seorang lelaki dengan sebatang besi di Jalan Tebrau, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata suspek yang sebelum ini disangka rakyat Bangladesh, ditahan pada jam 7.20 malam di kaki lima sebuah premis di Taman Sri Tebrau, di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu tidak memiliki sebarang dokumen peribadi. Menerusi akuan secara lisan, dia mengaku dirinya adalah warga Iraq,” katanya menerusi kenyataan, di sini, malam ini.

Mohd Padzli berkata polis turut merampas sebatang besi panjang dipercayai senjata yang digunakan untuk memukul mangsa dalam kejadian jam 11.35 malam itu.

Terdahulu, tular dalam laman sosial satu video rakaman menunjukkan suspek memukul seorang lelaki sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala, lengan dan kaki dengan sebatang besi.

Mangsa yang berusia 39 tahun telah menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 32 secs ago
A visitor from Melaka viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pregnant woman pleads guilty to soliciting clients' 3 hrs 33 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 4 hrs 15 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 5 hrs ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 6 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 6 hrs 46 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 7 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 7 hrs 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 8 hrs 1 min ago