Translate

26 November 2020

SPRM Siasat Isu Penyalahgunaan Dana Hasil Kutipan Royalti Lagu (1 Video)

               


SPRM Siasat Isu Pembayaran Royalti Artis
SPRM siasat isu penyalahgunaan dana hasil kutipan royalti lagu

BERNAMA
26/11/2020 


PUTRAJAYA, 26 Nov -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung isu penyalahgunaan dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu yang diterima oleh pengusaha industri dalam negara.

Menurut sumber SPRM, ada pihak mendakwa bahawa royalti yang dikutip tidak disalurkan kepada artis dan pencipta lagu.

Sumber itu berkata setakat ini SPRM telah menjalankan siasatan di empat pejabat yang dipercayai terbabit dalam proses kutipan royalti iaitu Hak Cipta Muzik (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd, Recording Performers Malaysia (RPM) Berhad serta Performers' And Artistes' Interests (PRISM).

"Setakat ini, SPRM sedang mengambil dokumen-dokumen yang terlibat untuk kajian dan penelitian. Beberapa individu yang terlibat akan dipanggil untuk membantu penyiasatan ini," kata sumber itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan pihaknya telah memulakan siasatan berhubung isu berkenaan dan meminta semua pihak memberikan masa yang secukupnya kepada SPRM bagi menjalankan siasatan secara telus, adil dan profesional.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM Malaysia 2009.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Freddie Fernandez meminta campur tangan SPRM dalam pertikaian mengenai royalti sekitar RM30 juta yang belum dibayar kepada artis rakaman.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 3 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Tun M Baca Amanat Dari Kapsul Ma' 34 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Tun M Baca Amanat Dari Kapsul Ma' 34 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 4 hrs 27 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 5 hrs 40 mins ago