Translate

29 November 2020

Hotel Dipercayai Markas Sindiket Penipuan Diserbu, 29 Ditahan (1 Video)

                   



Polis Tumpas Sindiket Scam Pelaburan China  

Hotel dipercayai markas sindiket penipuan diserbu, 29 ditahan

Astro Awani
29 November 2020

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan secara dalam talian yang beroperasi di sebuah hotel di ibu negara tumpas susulan penahanan 29 individu pada Sabtu malam.

Suspek 23 lelaki warga China dan enam warga tempatan termasuk seorang wanita ditahan bersama kira kira 40 unit komputer riba dan 50 unit telefon dipercayai diguna bagi menjalankan kegiatan mencari dan menipu pelanggan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata risikan mendapati bilik hotel itu dijadikan markas kegiatan sindiket penipuan pelaburan antarabangsa.

Bertindak atas maklumat awam dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah IPD Dang Wangi menyerbu sebuah hotel di Bukit Bintang.

Hasil pemeriksaan ke atas hotel tersebut, 20 bilik daripada didapati dijadikan pusat untuk jalankan kegiatan penipuan berkenaan.



Siasatan awal juga mendapati kesemua suspek telah menjalankan operasi di hotel berkenaan sejak sebulan dengan sewaan RM100 untuk sebuah bilik.

Sebanyak 20 bilik telah disewa oleh suspek yang ditahan.

“Kami percaya sindiket ini merupakan sindiket penipuan pelaburan dari China dan hasil serbuan pada petang, kami berjaya menahan 23 orang warganegara asing dan lima warga tempatan yang kami syaki ada kaitan dengan kesemua suspek ytang terlibat dalam sindiket ini.

“Oleh itu, hasil daripada siasatan awal, kami melihat mereka ini menjalankan operasi penipuan pelaburan SCI e-commerce di China.

“Kami percaya mangsa-mangsa yang terlibat ialah warganegara China,” kata Mohamad Zainal.



Pemeriksaan awal pada komputer dan telefon yang dirampas mendapati terdapat aktiviti berbentuk pelaburan dalam talian China SCI e-commerce yang menyasarkan pelanggan dari China.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah penipuan.
Kesemua suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 38 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 43 mins ago
A visitor from Lecco viewed 'Motorcycling-Moto3 Rider Dupasquier Dies After Cra' 49 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 56 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 11 mins ago
A visitor from New york viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 1 hr 15 mins ago