Translate

27 November 2020

Polis Lepaskan Tembakan Untuk Tangkap Lelaki Pandu Berbahaya Di Slim River

             

Polis lepaskan tembakan untuk tangkap lelaki pandu berbahaya di Slim River

BERNAMA
26/11/2020 


TANJUNG MALIM, 26 Nov -- Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas mengejar seorang lelaki yang memandu secara berbahaya lebih empat kilometer, ketika lelaki tersebut cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan Kuala Slim, Slim River di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata dalam kejadian pada pukul 1.45 tengah hari itu, pasukan pemantauan pematuhan COVID-19 yang sedang melakukan pemeriksaan secara 'snap-check', menahan sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu seorang lelaki.

Katanya semasa pemeriksaan, lelaki berumur 35 tahun telah memecut laju keretanya ke arah Pekan Slim River dan polis terpaksa mengejar kenderaan suspek sehingga di hadapan Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang.

“Dalam kejadian tersebut, seorang anggota Pasukan Kereta Peronda (MPV) telah memberi amaran supaya suspek berhenti, namun terus memecut dan cuba melanggar anggota tersebut mengakibatkan beberapa das tembakan dilepaskan sebelum lelaki itu berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sulizmie Affendy berkata hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemukan satu beg galas mengandungi plastik lutsinar dipercayai untuk membungkus dadah dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod kesalahan lampau.

Katanya hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan direman selama lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya suspek turut disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 21 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan a' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM tugaskan 6,200 pegawai dan anggota kawal kese' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Hillsboro viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '251 calon tawar diri bertandin' 2 hrs 46 mins ago