Translate

30 November 2020

Lagi Laporan Ke Atas Penceramah Bebas, Cabul Penuntut Kolej (1 Video)

               



Polis Terima Satu Lagi Laporan Babitkan Pendakwah Selebriti

Lagi laporan ke atas penceramah bebas, cabul penuntut kolej

Astro Awani
30 November 2020

PETALING JAYA: Polis menerima satu lagi laporan terhadap seorang penceramah bebas yang kini direman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 Shah Alam, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata laporan terbaharu melibatkan seorang penuntut sebuah kolej tempatan yang mendakwa bekas peserta program realiti keagamaan itu mencabulnya.

Beliau berkata, mangsa mendakwa suspek berusia 25 tahun mempelawa dia masuk ke rumahnya di Damansara pada 17 Oktober lalu, kononnya bagi mengajar mengenai pemasaran perniagaan.

"Semasa mangsa berada di rumah suspek, kira-kira pukul 1 pagi, mangsa dicabul oleh suspek dan dipaksa melakukan seks oral.

"Ekoran itu, mangsa yang berusia 22 tahun itu mengalami trauma dan sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Nik Ezanee berkata, ketika ini, suspek masih berada bawah tahanan polis di Shah Alam bagi membantu siasatan satu kes rogol.

Source: Astro Awani




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Michigan viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 2 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 2 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Sparks fly at the first meeting between President ' 20 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 47 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malay' 50 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 51 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah L' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 3 hrs 5 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 3 hrs 7 mins ago