Translate

26 November 2020

Pengusaha Lori Parah Ditetak Dua Lelaki Di Teluk Intan (2 Videos)


 

Polis buru dua lelaki serang, tetak pengusaha lori dalam pasar mini

Pengusaha lori parah ditetak dua lelaki di Teluk Intan

BERNAMA
26/11/2020



IPOH, 26 Nov -- Seorang lelaki cedera parah selepas diserang dan ditetak dengan parang oleh dua lelaki dalam kejadian di sebuah pasar mini di Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak ACP Kamarudin Mat Salleh berkata ketika kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa yang berumur 46 tahun dan bekerja sebagai pengusaha lori datang ke premis untuk membeli barang.

"Dua suspek yang memakai topeng muka telah menyerang mangsa menggunakan parang sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Honda City dengan nombor pendaftaran palsu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarudin berkata pihaknya sedang menjejaki kedua-dua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Video kejadian itu tular menerusi media sosial, memaparkan kedua-dua suspek menetak mangsa dan menyebabkan pelanggan lain yang berada di dalam premis berlari keluar.


Source: Buletin INFO 1 Malaysia/Global

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from New york viewed 'Malaysia di landasan untuk jadi kuasa tenaga solar' 44 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta dit' 49 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 49 mins ago
A visitor from Kajang viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Quezon city viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 3 hrs 54 mins ago