Translate

30 November 2020

Lagi Laporan Ke Atas Penceramah Bebas, Cabul Penuntut Kolej (1 Video)

               



Polis Terima Satu Lagi Laporan Babitkan Pendakwah Selebriti

Lagi laporan ke atas penceramah bebas, cabul penuntut kolej

Astro Awani
30 November 2020

PETALING JAYA: Polis menerima satu lagi laporan terhadap seorang penceramah bebas yang kini direman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 Shah Alam, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata laporan terbaharu melibatkan seorang penuntut sebuah kolej tempatan yang mendakwa bekas peserta program realiti keagamaan itu mencabulnya.

Beliau berkata, mangsa mendakwa suspek berusia 25 tahun mempelawa dia masuk ke rumahnya di Damansara pada 17 Oktober lalu, kononnya bagi mengajar mengenai pemasaran perniagaan.

"Semasa mangsa berada di rumah suspek, kira-kira pukul 1 pagi, mangsa dicabul oleh suspek dan dipaksa melakukan seks oral.

"Ekoran itu, mangsa yang berusia 22 tahun itu mengalami trauma dan sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Nik Ezanee berkata, ketika ini, suspek masih berada bawah tahanan polis di Shah Alam bagi membantu siasatan satu kes rogol.

Source: Astro Awani




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 4 hrs 15 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 4 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 4 hrs 59 mins ago