Translate

26 November 2020

SPRM Siasat Isu Penyalahgunaan Dana Hasil Kutipan Royalti Lagu (1 Video)

               


SPRM Siasat Isu Pembayaran Royalti Artis
SPRM siasat isu penyalahgunaan dana hasil kutipan royalti lagu

BERNAMA
26/11/2020 


PUTRAJAYA, 26 Nov -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung isu penyalahgunaan dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu yang diterima oleh pengusaha industri dalam negara.

Menurut sumber SPRM, ada pihak mendakwa bahawa royalti yang dikutip tidak disalurkan kepada artis dan pencipta lagu.

Sumber itu berkata setakat ini SPRM telah menjalankan siasatan di empat pejabat yang dipercayai terbabit dalam proses kutipan royalti iaitu Hak Cipta Muzik (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd, Recording Performers Malaysia (RPM) Berhad serta Performers' And Artistes' Interests (PRISM).

"Setakat ini, SPRM sedang mengambil dokumen-dokumen yang terlibat untuk kajian dan penelitian. Beberapa individu yang terlibat akan dipanggil untuk membantu penyiasatan ini," kata sumber itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan pihaknya telah memulakan siasatan berhubung isu berkenaan dan meminta semua pihak memberikan masa yang secukupnya kepada SPRM bagi menjalankan siasatan secara telus, adil dan profesional.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM Malaysia 2009.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Freddie Fernandez meminta campur tangan SPRM dalam pertikaian mengenai royalti sekitar RM30 juta yang belum dibayar kepada artis rakaman.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Persiapan keselamatan, kemudahan pastikan final Pi' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 7 mins ago
A visitor from Marabu viewed 'Public Watch In horror As Man falls From 22nd Floo' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Funeral Mass of Pope Francis from the Vatican | Ap' 10 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 53 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Bursa Malaysia tegur secara terbuka Reach Energy, ' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Bursa Malaysia tegur secara terbuka Reach Energy, ' 1 hr 57 mins ago