Translate

29 November 2020

Lelaki Iraq Dan Bukan Bangladesh Ditahan Pukul Mangsa Dengan Batang Besi (2 Videos

            

Lelaki Iraq dan bukan Bangladesh ditahan pukul mangsa dengan batang besi

BERNAMA
29/11/2020 



JOHOR BAHRU, 29 Nov -- Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Iraq berusia 41 semalam bagi membantu siasatan insiden memukul seorang lelaki dengan sebatang besi di Jalan Tebrau, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata suspek yang sebelum ini disangka rakyat Bangladesh, ditahan pada jam 7.20 malam di kaki lima sebuah premis di Taman Sri Tebrau, di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu tidak memiliki sebarang dokumen peribadi. Menerusi akuan secara lisan, dia mengaku dirinya adalah warga Iraq,” katanya menerusi kenyataan, di sini, malam ini.

Mohd Padzli berkata polis turut merampas sebatang besi panjang dipercayai senjata yang digunakan untuk memukul mangsa dalam kejadian jam 11.35 malam itu.

Terdahulu, tular dalam laman sosial satu video rakaman menunjukkan suspek memukul seorang lelaki sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala, lengan dan kaki dengan sebatang besi.

Mangsa yang berusia 39 tahun telah menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman ' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lebih 2.75 Juta Warga Singapura Memilih Hari Ini |' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 2 hrs 42 mins ago