Translate

28 October 2020

Polis Lepas Dua Tembakan Dalam Serbuan Rumah Di Sungai Siput

                                       


Polis lepas dua tembakan dalam serbuan rumah di Sungai Siput
BERNAMA
28/10/2020 


IPOH, 27 Okt -- Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta yang dipandu lelaki disyaki pengedar dadah, selepas cuba melarikan diri dalam serbuan di sebuah rumah di Salak Baru, Sungai Siput tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, serbuan dijalankan dua pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sungai Siput dan Kuala Kangsar kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Katanya tembakan itu dilepaskan, bagi mempertahankan diri selepas suspek bertindak agresif mahu melarikan diri dengan memandu kereta secara melulu.

“Suspek yang memandu kereta jenis Proton Wira bertindak mengundurkan kereta secara melulu dan menyebabkan hampir membahayakan nyawa anggota polis.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar depan dan belakang, tetapi suspek terus memecut dari tempat kejadian namun terbabas setelah melarikan diri sejauh kira-kira dua kilometer dan berjaya ditahan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Mohd Khaizam berkata polis turut menahan tiga lagi lelaki bersama dadah jenis heroin seberat 29.1 gram bernilai RM1,500, dalam serbuan di rumah berkenaan.

“Tiga suspek ditahan dalam rumah itu manakala seorang lagi dalam kereta berkenaan,” katanya.

Katanya pemeriksaan mendapati kesemua suspek yang berusia lingkungan 40-an mempunyai rekod lampau pelbagai kesalahan jenayah dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'China President Xi Jinping Given State Welcome by ' 30 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Bendera lambang kedaulatan negara, tid' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 10 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pegawai Polis Terkejut Jumpa Video S**s Anaknya Be' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 2 hrs 45 mins ago