Task Force Operasi Pematuhan |
Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (18 Okt 2020)
1. Task Force Operasi Pematuhan
• 2,473 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 2,477 anggota telah membuat 11,659 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.
• 3,512 pasar raya, 4,380 restoran, 1,196 kilang, 1,678 pasar awam/tani serta 3,077 tempat ibadah dan 1,263 tempat riadah telah diperiksa.
• PDRM telah menahan 661 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 632 telah dikompaun, 27 direman dan 2 dijamin.
• Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:
o Tidak memakai pelitup muka (223)
o Penjarakan fizikal (191)
o Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (112)
o Langgar syarat/perintah di kawasan PKPB (75)
o Aktiviti di pusat hiburan (45)
o Dan lain-lain (15)
• Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan.
2. Kawalan Sempadan Negara
• Op Benteng telah berjaya menahan 72 PATI, serta merampas 35 kenderaan darat.
• Sebanyak 261 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan:
o PDRM – 187 SJR
o ATM – 65 SJR
o AKSEM – 9 SJR
• Sejak pelaksanaan Op Benteng pada Mei 20, seramai 497 PATI dan 28 Tekong telah ditangkap di seluruh negeri Sarawak.
• Seramai 1,477 anggota pasukan keselamatan merangkumi 101 pegawai dan 1,360 lain-lain pangkat telah ditugaskan mengawal kawasan sempadan negara di Sarawak.
• Bagi kawalan di daratan, 6 operasi dilaksanakan iaitu Op Awas/Kerisparang, Op Kerangka, Op Suluh Kenyalang, Op Jagakawan, Op Awas/Batas dan Op Benteng.
• PGA juga turut mengadakan kawalan di 11 Pos Tetap dan 29 pos baharu di lokasi tambahan bagi Op Benteng dengan 6 SJR di Lundu, Bau, Padawan, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu.
• Pemantauan PATI juga turut dilaksanakan di lorong-lorong tikus yang telah dikenal pasti.
• Bagi kawalan perairan, pasukan keselamatan memberi fokus kepada kawasan seluas 34,570 km persegi dengan tumpuan di kawasan perairan Tanjung Datu.
3. Operasi Sanitasi Awam
• KPKT telah melakukan 10,548 operasi sanitasi merangkumi 135 zon.
• Semalam, sebanyak 38 operasi sanitasi meliputi 8 Zon Merah, 11 Zon Kuning dan 5 Zon Hijau di 9 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan iaitu:
o Melaka (8 operasi)
o Sabah (6 operasi)
o Kedah (4 operasi)
o Terengganu (3 operasi)
o Pulau Pinang (3 operasi)
o Sarawak (2 operasi)
o Selangor (2 operasi)
o Pahang (2 operasi)
o Johor (1 operasi)
o WP Kuala Lumpur (6 operasi)
o WP Putrajaya (1 operasi)
• Operasi ini melibatkan 261 anggota JBPM serta 182 anggota PBT dan 13 dari agensi-agensi lain.
4. Kuarantin Wajib
• Seramai 50,254 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
• 8,151 individu sedang jalani kuarantin wajib di 69 Hotel dan 15 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.
• 381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 41,722 individu telah discaj dan dibenarkan pulang ke rumah.
5. PKPD Penjara Alor Setar
• Sehingga 17 Oktober 2020, terdapat 1,178 kes positif COVID-19 melibatkan 1,137 tahanan dan 41 kakitangan penjara telah direkodkan.
• Mengambil kira masih terdapat kes positif baharu dan atas permohonan MKN Negeri Kedah serta nasihat KKM, maka pelaksanaan PKPD di Penjara Alor Setar dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 19 Oktober 2020 sehingga 1 November 2020.
• Pelanjutan ini bagi membolehkan pelaksanaan pemantauan dan saringan berterusan dalam usaha memastikan rantaian COVID-19 diputuskan sepenuhnya di dalam Penjara Alor Setar terutamanya di kalangan kakitangan.
6. SOP
• Di Malaysia, trend peningkatan kes positif dalam negara sejak kebelakangan ini adalah berikutan ujian saringan bersasar sedang giat dilaksanakan oleh KKM khususnya melibatkan kontak rapat di kawasan-kawasan zon merah.
• Seluruh rakyat di negara ini perlu ingat bahawa kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan semua SOP PKPP masih lagi berkuat kuasa.
• Apa yang penting adalah disiplin dan kesedaran diri kita sendiri dalam mengamalkan kawalan kendiri untuk memastikan diri, keluarga dan masyarakat kita kekal selamat.
• Ketua-ketua komuniti serta masyarakat termasuk penghulu, ketua kampung, temenggong, pemancha, kapitan, tuai rumah, imam dan ahli jawatankuasa masjid, tok batin dan ketua-ketua agama juga berperanan dalam memastikan komuniti di bawah jagaan mereka mematuhi segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.