Kenyataan Akhbar KPK 26 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 691 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 17,825kes (64.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
- Sabah (517 kes);
- Selangor (107 kes);
- Wilayah Persekutuan Labuan (30 kes);
- Pulau Pinang (20 kes);
- Negeri Sembilan (4 kes);
- Sarawak (4 kes);
- Melaka (3 kes);
- Perak (3 kes); dan
- Johor (3 kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 927 kes (74.8 peratus). Jumlah ini melonjak semula berikutan kes positif di Penjara Kepayan iaitu 439 kes. Ini berikutan lebih banyak pengesanan kes secara aktif dijalankan di negeri Sabah. Selain itu, mobilisasi petugas kesihatan telah banyak membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan. Aspek logistik dan penghantaran sampel juga ditambahbaik bagi membolehkan keputusan ujian RTK-Ag dan RT-PCR dapat diperoleh dengan lebih cepat.
Manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 194 kes (15.6 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 194 kes baharu ini, 120 kes (61.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sejumlah 508 kes (41 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan (439 kes), Kluster Seberang Perai (57 kes), Kluster Benteng LD (7 kes), Kluster Penjara Tapah (4 kes) dan Kluster Tembok (1 kes). Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Secara keseluruhannya, sehingga 26 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,240 kes baharu telah dilaporkan. Ini adalah kes harian tertinggi sejak permulaan pandemik yang menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 27,805 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 9,744 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 1,240 kes baharu pada hari ini, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara;
- Rusia (1 kes di Selangor); dan
- Ukraine (1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan).
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 927 kes
- 511 kes daripada kluster-kluster, termasuk 30 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kapor;
- 280 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 176 kes
- 109 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang : 61 kes
- 60 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Negeri Sembilan : 25 kes
- 12 kes daripada kluster-kluster termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hampar;
- Enam (6) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 17 kes
- 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: Lapan (8) kes
- Enam (6) kes daripada kluster-kluster termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Tapah; dan
- Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Sarawak : Tujuh (7) kes
- Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
- Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor : Empat (4) kes
- Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah : Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Terengganu: Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada.
- Melaka : Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
Sehingga kini, terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 236 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
Kes No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
230 | 14925 | Sabah | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Duchess of Kent | Sinusitis |
231 | 15854 | Sabah | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung |
232 | 16508 | Sabah | Perempuan (WN) | 51 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia |
233 | 26212 | Sabah | Lelaki (WN) | 61 | Hospital Tuaran | Orang Kelainan Upaya (buta) |
234 | 25353 | Sabah | Lelaki (BWN) | 50 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik dan penyakit jantung |
235 | 27491 | Sabah | Perempuan (BWN) | 90 | Hospital Duchess of Kent | – |
236 | 27492 | Sabah | Lelaki (BWN) | 27 | Hospital Tawau | – |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
1) KLUSTER KAPOR
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kudat di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan komuniti pelaut yang menetap di Kampung Tanjung Kapor dan telah mengesan sebanyak 46 kes positif COVID-19 pada 22 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kota Belud, Sabah.
Sehingga 26 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana:
- 46 kes dikesan positif COVID-19 (30 kes baharu); dan
- 81 individu masih menunggu keputusan.
2) KLUSTER HAMPAR
Kluster baharu ini melibatkan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-23736) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Rembau. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 26 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 578 individu telah disaring, di mana:
- Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
- 96 individu negatif; dan
- 477 individu masih menunggu keputusan.
3) KLUSTER PENJARA TAPAH
Kluster baharu ini melibatkan daerah Batang Padang di negeri Perak. Sebanyak 11 kes telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan yang dijalankan di Penjara Tapah bermula dari 12 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Teluk Intan. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 26 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 2,268 individu telah disaring, di mana:
- 11 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
- 1,820 individu negatif; dan
- 437 individu masih menunggu keputusan.
KONSEP YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBERIAN NAMA BAGI KLUSTER BAHARU
KKM mengambil maklum pandangan orang umum mengenai konsep yang digunapakai KKM dalam menamakan kluster COVID-19. Untuk makluman semua, pemilihan nama kluster adalah berdasarkan latar belakang kes indeks bagi kluster tersebut. Nama kluster dipilih berdasarkan nama bangunan, taman atau jalan tempat kediaman atau tempat kerja kes indeks. Ini adalah bagi memastikan komunikasi berkesan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam kawalan dan pengurusan kluster.
Selain itu, nama sesebuah kluster juga boleh dipilih bagi menggambarkan cara penyebaran jangkitan di antara kes indeks dan kontak rapat seperti; Kluster Auto yang menggambarkan jangkitan kluster di tempat kerja melibatkan pekerja di syarikat automotif dan Kluster Inai yang menggambarkan jangkitan kluster bermula daripada majlis berinai.
KKM sangat berhati-hati dalam pemilihan nama kluster bagi mengelakkan sebarang keresahan dan stigma kepada pesakit, penduduk setempat mahu pun organisasi yang terlibat. KKM juga sentiasa melakukan pengesanan kes secara aktif di lapangan bagi memastikan kesemua yang terlibat disaring dan diasingkan daripada komuniti sekiranya didapati positif jangkitan COVID-19.
Bagi masyarakat, adalah penting bagi mereka memahami bahawa tindakan utama yang boleh melindungi mereka daripada dijangkiti COVID-19 adalah dengan mengamalkan segala nasihat seperti yang sering dimaklumkan oleh KKM dan juga dengan mematuhi segala Prosedur Amalan Standard (SOP) yang ditetapkan. Cabaran utama bagi kita semua adalah dalam melaksanakannya dengan sebaik mungkin dan dipatuhi oleh semua individu dari segenap lapisan masyarakat.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
26 Oktober 2020 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 26 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SABAH | 927 | 12,745 |
SELANGOR | 177 (1) | 4,145 |
W.P. KUALA LUMPUR | 17 | 2,966 |
KEDAH | 3 | 2,048 |
NEGERI SEMBILAN | 25 | 1,337 |
JOHOR | 4 | 871 |
SARAWAK | 7 | 803 |
PULAU PINANG | 61 | 912 |
PERAK | 8 | 473 |
PAHANG | 0 | 392 |
MELAKA | 2 | 310 |
W.P. LABUAN | 6 (1) | 270 |
KELANTAN | 0 | 179 |
TERENGGANU | 3 | 176 |
W.P. PUTRAJAYA | 0 | 140 |
PERLIS | 0 | 38 |
JUMLAH KESELURUHAN | 1,240 (2) | 27,805 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini
(26 Oktober 2020)
Kluster | Negeri | Daerah | Kes Baharu | Jumlah Kes | Jumlah Yang Disaring | Kes Aktif (Kes ICU) | Jumlah Sembuh | Jumlah Kematian | |
1 | Penjara Kepayan | Sabah | Kota Kinabalu, Papar, Penampang | 439 | 1,662 | 3,405 | 1,658 (0) | 4 | 0 |
2 | Penjara Seberang Perai | Pulau Pinang | Seberang Perai Selatan | 57 | 255 | 2,895 | 208 (2) | 47 | 0 |
3 | Jaya | Negeri Sembilan, Selangor | Seremban, Sepang, Kuala Langat | 46 | 55 | 96 | 55 (0) | 0 | 0 |
4 | Kaya | Negeri Sembilan, WP Putrajaya, Melaka, Selangor | Seremban, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling | 45 | 122 | 618 | 122 (0) | 0 | 0 |
5 | Hentian | Selangor, WP Kuala Lumpur | Hulu Langat, Cheras, Titiwangsa | 13 | 78 | 1,494 | 74 (0) | 4 | 0 |
6 | Utama | Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur | Gombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong | 9 | 226 | 888 | 53 (0) | 173 | 0 |
7 | Benteng LD | Sabah | Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran | 7 | 1,096 | 16,533 | 227 (0) | 868 | 1 |
8 | Cahaya | Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur | Petaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong | 6 | 37 | 309 | 35 (0) | 2 | 0 |
9 | Mesra | Sabah | Sandakan | 6 | 33 | 116 | 25 (0) | 7 | 1 |
10 | Titir | Sabah | Keningau | 5 | 28 | 316 | 28 (0) | 0 | 0 |
11 | Baki | Sarawak | Kuching | 5 | 13 | 110 | 13 (0) | 0 | 0 |
12 | Ramai-Ramai | Sabah | Sandakan | 4 | 245 | 771 | 118 (0) | 127 | 0 |
13 | Megah | Sabah | Sandakan, Kota KInabalu | 4 | 24 | 64 | 14 (0) | 9 | 1 |
14 | Teduh | Sabah | Lahad Datu | 4 | 17 | 622 | 5 (0) | 12 | 0 |
15 | Simera | Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Kelantan | Besut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Lembah Pantai, Putrajaya, Tanah Merah | 3 | 82 | 1,152 | 54 (0) | 28 | 0 |
16 | Tanamera | Sabah | Tawau | 3 | 62 | 160 | 40 (0) | 22 | 0 |
17 | Melati | WP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak | Titiwangsa, Kepong, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak | 3 | 26 | 276 | 24 (0) | 2 | 0 |
18 | Makekar | Terengganu, Selangor | Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Klang | 3 | 13 | 155 | 13 (0) | 0 | 0 |
19 | Bayan | Pulau Pinang | Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara | 3 | 9 | 383 | 9 (0) | 0 | 0 |
20 | Auto | Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya | Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya | 2 | 109 | 880 | 99 (0) | 10 | 0 |
21 | Tinusa | Sabah | Sandakan | 2 | 36 | 589 | 35 (0) | 1 | 0 |
22 | Alma | Pulau Pinang, Perak, Kedah | Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu | 2 | 31 | 555 | 29 (1) | 2 | 0 |
23 | Jambul | Sabah | Sandakan | 2 | 10 | 49 | 5 (0) | 5 | 0 |
24 | Tembok | Kedah, Perak | Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama | 1 | 1,664 | 7,683 | 535 (4) | 1126 | 3 |
25 | Saguking | WP Labuan | Labuan | 1 | 107 | 2,145 | 106 (0) | 0 | 1 |
26 | Menara | Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, Melaka | Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah | 1 | 77 | 526 | 59 (0) | 18 | 0 |
27 | Bah Manggis | Sabah, Selangor, Negeri Sembilan | Tawau, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson | 1 | 71 | 1,975 | 33 (0) | 38 | 0 |
28 | Inai | Sabah | Kudat | 1 | 49 | 106 | 49 (0) | 0 | 0 |
29 | Surat | Sabah | Sandakan | 1 | 45 | 175 | 18 (0) | 27 | 0 |
30 | Basung | Sabah | Kudat | 1 | 30 | 644 | 30 (0) | 0 | 0 |
31 | Kertang | Sabah | Kota Belud | 1 | 24 | 724 | 24 (0) | 0 | 0 |
32 | Kempas | Johor | Johor Bahru, Kulai, Pontian | 1 | 23 | 406 | 23 (0) | 0 | 0 |
33 | Mentari | Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur | Petaling, Klang, Gombak, Seremban, Kepong | 1 | 18 | 94 | 17 (0) | 1 | 0 |
34 | Palma | Selangor, WP Kuala Lumpur | Gombak, Hulu Selangor, Kepong | 1 | 14 | 107 | 12 (0) | 2 | 0 |
35 | Kolong | Sabah | Keningau | 1 | 13 | 284 | 4 (0) | 9 | 0 |
36 | Sentral | WP Kuala Lumpur, Selangor | Kepong, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, Petaling | 1 | 9 | 3 |
SABAH-927
511 kluster-kluster sedia ada dan kluster Kapor (baharu)
280 saringan kontak rapat
136 lain-lain saringan COVID-19
SELANGOR-177
109 kluster-kluster sedia ada
34 saringan kontak rapat
33 lain-lain saringan COVID-19
1 import dari Rusia
P.PINANG-61
60 kluster-kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
N.SEMBILAN-25
12 kluster-kluster sedia ada dan kluster Hampar (baharu)
6 saringan kontak rapat
7 lain-lain saringan COVID-19
KL-17
11 kluster-kluster sedia ada
2 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan COVID-19
PERAK-8
6 kluster-kluster dan kluster Penjara Tapah (baharu)
2 saringan kontak rapat
SARAWAK-7
5 kluster sedia ada
2 lain-lain saringan COVID-19
LABUAN-6
1 kluster sedia ada
2 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan COVID-19
1 import dari Ukraine
JOHOR-4
2 saringan kontak rapat
1 saringan kluster sedia ada
1 lain-lain saringan COVID-19
KEDAH-3
3 kluster-kluster sedia ada
TERENGGANU-3
3 kluster sedia ada
MELAKA-2
2 kluster sedia ada
Pertambahan 51 kes discaj direkodkan hari ini.
Pertambahan 177 kes baharu hari ini ( 176 tempatan, 1 luar negara) mengikut pecahan daerah dan mukim seperti berikut:
DAERAH GOMBAK (4 KES)
Batu - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Mentari) - 1 kes
Kuang - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Simera) - 2 kes
Rawang - 1 kes lokal
Saringan Kontak (kluster Palma) - 1 kes
DAERAH HULU LANGAT (30 KES)
Ampang - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Cheras - 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Tempat Kerja - 2 kes
Hulu Langat - 1 kes lokal
Saringan Pra-Pekerjaan - 1 kes
Kajang - 20 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Bergejala (Kluster Jaya) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 8 kes
Saringan Kontak Rapat - 9 kes
Semenyih - 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
DAERAH KLANG (12 KES)
IMPORT A - 1 kes (Rusia)
Kapar - 5 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 5 kes
Klang - 6 kes lokal
Saingan Tempat Kerja - 1 kes
Saringan Pra Pembedahan - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 3 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster KAYA) - 1 kes
DAERAH KUALA LANGAT (14 KES)
Batu - 1 kes lokal
Saringan Tempat Kerja (Kluster KAYA) - 1 kes
Morib - 2 kes lokal
Saringan Tempat Kerja (Kluster Jaya) - 1 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster KAYA) - 1 kes
Tanjung dua belas (1) - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Tanjung Dua Belas (2) - 10 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 5 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster KAYA) - 4 kes
DAERAH KUALA SELANGOR (2 KES)
Ijok - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Jeram - 1 kes lokal
Saringan Tempat Kerja (Kluster KAYA) - 1 kes
DAERAH PETALING (41 KES)
Bukit Raja - 3 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Damansara - 21 kes lokal
Saringan Bergejala - 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Utama) - 5 kes
Saringan Kontak Rapat - 9 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster KAYA) - 1 kes
Petaling - 7 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Cahaya) - 4 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster KAYA) - 1 kes
Sungai Buloh - 10 kes lokal
Saringan Bergejala - 5 kes
Saringan Bergejala (Kluster Utama) - 1 kes
Saringan Komuniti (Kluster Utama) - 2 kes
Saringan Swasta - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes
DAERAH SEPANG (74 KES)
Dengkil - 5 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Keluar Negara - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster KAYA) - 2 kes
Labu - 57 kes lokal
Saringan Tempat Kerja (Kluster Jaya) - 45 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster KAYA) - 12 kes
Sepang - 12 kes lokal
Saringan Tempat Kerja (Kluster KAYA) - 12 kes
Kluster Penjara Seberang Perai mencatatkan kes tertinggi iaitu 94 kes dan diikuti Penjara Kepayan 75 kes.
Lapan lagi kematian baharu #COVID19 di negara kita hari ini iaitu kesemuanya di Sabah.
Salam takziah untuk ahli keluarga mangsa.