Kenyataan Akhbar KPK 25 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 579 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 17,134 kes (64.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
- Sabah (288 kes);
- Selangor (93 kes);
- Pulau Pinang (89 kes);
- Kedah (81 kes);
- Perak (15 kes);
- WP Labuan (5 kes);
- WP Kuala Lumpur & Putrajaya (4 kes);
- Negeri Sembilan (2 kes);
- Melaka (1 kes); dan
- Sarawak (1 kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, bilangan kes baharu di negeri Sabah adalah 533 kes (64.8 peratus) daripada keseluruhan kes dilaporkan hari ini. Jumlah ini menunjukkan penurunan kes sebanyak 356 kes (40 peratus) berbanding jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di negeri Sabah semalam. Ini berikutan jumlah kes baharu yang dicatatkan daripada Penjara Kepayan, Kota Kinabalu telah menurun daripada 434 kes baharu semalam, kepada 67 kes baharu pada hari ini.
Walau bagaimanapun, jumlah ini masih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Usaha gigih mengesan lebih banyak kes akan diteruskan di seluruh negeri Sabah yang kini mempunyai 17 daerah merah. Buat masa ini kapasiti di sembilan (9) buah hospital KKM di Sabah adalah 1,219 katil (kadar penggunaan 59 peratus). Manakala, kapasiti di 25 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) adalah 4,505 katil (kadar penggunaan 35 peratus).
Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 99 kes (12 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 99 kes baharu, 44 kes (44.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sejumlah 162 kes (19.7 peratus dari jumlah keseluruhan) pada hari ini adalah daripada Kluster Seberang Perai, Kluster Penjara Penjara Kepayan dan Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sebanyak satu (1) kes merupakan pengunjung yang pulang dari negeri Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 469 kes.
Secara keseluruhannya, sehingga 25 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 823 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 26,565 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 9,202 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan kesemua 823 kes baharu pada hari ini adalah kes penularan COVID-19 dalam negara. Perincian kes bagi setiap negeri adalah seperti berikut:
- Sabah: 533 kes
- 160 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Titir, Kluster Omadal, Kluster Bandaran dan Kluster Jambul;
- 270 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 103 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 97 kes
- 96 kes daripada kluster-kluster termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bayan; dan
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Selangor: 88 kes
- 39 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mentari;
- 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: 26 kes
- 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 22 kes
- 13 kesdaripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jernih;
- Satu (1) kesdaripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 16 kes
- Tujuh kes daripada kluster-kluster termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seladah; dan
- Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 15 kes
- 14 kes daripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 10 kes
- Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Makekar.
- Perak: Enam (6) kes
- Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Kedah: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
- Kelantan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 229 kes (0.86 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
Kes kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
222 | 12863 | Sabah | Lelaki (WN) | 77 | Hospital Duchess of Kent | – |
223 | 15329 | Sabah | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Queen Elizabeth | – |
224 | 14023 | Sabah | Perempuan (WN) | 70 | Hospital Lahad Datu | Penyakit kencing manis |
225 | 22032 | Sabah | Lelaki (WN) | 58 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia |
226 | 24224 | Sabah | Lelaki (WN) | 34 | Hospital Tawau | Obesiti dan sindrom apnea tidur obstruktif |
227 | 26273 | Sabah | Perempuan (WN) | 74 | Hospital Tawau | Penyakit darah tinggi dan tibi paru-paru |
228 | 26274 | Sabah | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit darah tinggi, dislipidemia dan gout |
229 | 26275 | Sabah | Perempuan (WN) | 80 | Hospital Duchess of Kent | – |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
SEMBILAN (9) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan (9) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
1) KLUSTER TITIR
Kluster baharu ini melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20232) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Keningau.
Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 23 individu telah disaring dan dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu).
2) KLUSTER OMADAL
Kluster baharu ini melibatkan daerah Semporna di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-21073) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin PPR Bubul Ria, Semporna. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 20 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana:
- 21 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu); dan
- 167 individu negatif.
3) KLUSTER BANDARAN
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18471) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana:
- 12 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu); dan
- 29 kes dikesan negatif.
4) KLUSTER JAMBUL
Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14932) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana:
- 8 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
- 20 individu negatif; dan
- 2 individu masih menunggu keputusan.
5) KLUSTER BAYAN
Kluster baharu ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Barat Daya dan Timur Laut di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22930) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lima (5) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana:
- 6 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
- 60 individu negatif; dan
- 150 individu masih menunggu keputusan.
6) KLUSTER MENTARI
Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Klang dan Gombak di negeri Selangor, daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24394) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 16 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana:
- 17 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu); dan
- 10 kes dilaporkan negatif; dan
- 66 individu masih menunggu keputusan.
7) KLUSTER JERNIH
Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24435 hingga kes ke-24438) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal pada 22 Oktober 2020 dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Rembau. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 11 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana:
- 15 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu); dan
- 61 individu masih menunggu keputusan.
8) KLUSTER SELADAH
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching dan Serian, negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24448) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana:
- Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
- Empat (4) individu dikesan negatif; dan
- Tujuh (7) individu masih menunggu keputusan
9) KLUSTER MAKEKAR
Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di negeri Johor, daerah Kemaman dan Dungun, Kuala Terengganu dan Marang di negeri Terengganu serta daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-23800) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 25 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana:
- 10 kes dikesan positif COVID-19 (8 kes baharu);
- 106 individu dikesan negatif COVID-19; dan
- 16 individu masih menunggu keputusan.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
25 Oktober 2020 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 25 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SABAH | 533 | 11,818 |
SELANGOR | 88 | 3,968 |
W.P. KUALA LUMPUR | 10 | 2,949 |
KEDAH | 1 | 2,045 |
NEGERI SEMBILAN | 22 | 1,312 |
JOHOR | 15 | 867 |
SARAWAK | 16 | 796 |
PULAU PINANG | 97 | 851 |
PERAK | 6 | 465 |
PAHANG | 0 | 392 |
MELAKA | 0 | 308 |
W.P. LABUAN | 26 | 264 |
KELANTAN | 1 | 179 |
TERENGGANU | 7 | 173 |
W.P. PUTRAJAYA | 1 | 140 |
PERLIS | 0 | 38 |
JUMLAH KESELURUHAN | 823 | 26,565 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini
(25 Oktober 2020)
Kluster | Negeri | Daerah | Kes Baharu | Jumlah Kes | Jumlah Yang Disaring | Kes Aktif (Kes ICU) | Jumlah Sembuh | Jumlah Kematian | |
1 | Penjara Seberang Perai | Pulau Pinang | Seberang Perai Selatan | 94 | 198 | 2,895 | 171 (2) | 27 | 0 |
2 | Penjara Kepayan | Sabah | Kota Kinabalu | 67 | 1,223 | 2,679 | 1220 (0) | 3 | 0 |
3 | Ramai-Ramai | Sabah | Sandakan | 28 | 241 | 767 | 114 (1) | 127 | 0 |
4 | Saguking | WP Labuan | Labuan | 16 | 106 | 1,735 | 105 (0) | 0 | 1 |
5 | Kempas | Johor | Johor Bahru, Kulai | 14 | 22 | 211 | 22 (0) | 0 | 0 |
6 | Auto | Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya | Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya | 10 | 107 | 880 | 104 (0) | 3 | 0 |
7 | Tujuh Serangkai | Sabah | Tuaran | 6 | 373 | 3,112 | 209 (0) | 162 | 2 |
8 | Surat | Sabah | Sandakan | 6 | 44 | 174 | 17 (0) | 27 | 0 |
9 | Melati | WP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak | Titiwangsa, Kepong, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk | 6 | 23 | 276 | 21 (0) | 2 | 0 |
10 | Bina Labuan | WP Labuan | Labuan | 6 | 13 | 171 | 12 (0) | 0 | 1 |
11 | Bah Manggis | Sabah, Selangor, Negeri Sembilan | Tawau, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson | 5 | 70 | 1,974 | 42 (0) | 28 | 0 |
12 | Jalan Bomba | Sabah | Sandakan | 5 | 35 | 316 | 30 (0) | 3 | 2 |
13 | Mesra | Sabah | Sandakan | 5 | 27 | 116 | 20 (0) | 6 | 1 |
14 | Megah | Sabah | Sandakan | 5 | 20 | 67 | 12 (0) | 7 | 1 |
15 | Simera | Terengganu,Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP Putrajaya, Kelantan | Besut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Putrajaya, Tanah Merah | 4 | 79 | 1,128 | 57 (0) | 22 | 0 |
16 | Long | Selangor, WP Kuala Lumpur | Hulu Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong | 4 | 26 | 459 | 26 (0) | 0 | 0 |
17 | Utama | Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur | Gombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa | 3 | 217 | 887 | 51 (0) | 166 | 0 |
18 | Hentian | Selangor | Hulu Langat | 3 | 65 | 1,486 | 63 (0) | 2 | 0 |
19 | Buntar | Kedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau Pinang | Kuala Muda, Kerian, Kinta, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan | 3 | 50 | 794 | 43 (0) | 7 | 0 |
20 | Basung | Sabah | Kudat | 3 | 29 | 644 | 29 (0) | 0 | 0 |
21 | Baki | Sarawak | Kuching | 3 | 8 | 96 | 8 (0) | 0 | 0 |
22 | Tanamera | Sabah | Tawau | 2 | 59 | 101 | 38 (0) | 21 | 0 |
23 | Kaya | Negeri Sembilan, WP Putrajaya | Seremban, Putrajaya | 2 | 57 | 63 | 57 (0) | 0 | 0 |
24 | Merbok | Selangor | Kuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor | 2 | 27 | 713 | 18 (0) | 9 | 0 |
25 | Kolong | Sabah | Keningau | 2 | 12 | 284 | 3 (0) | 9 | 0 |
26 | Tembok | Kedah, Perak | Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama | 1 | 1,663 | 7,626 | 614 (4) | 1046 | 3 |
27 | Menara | Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, Melaka | Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah | 1 | 76 | 477 | 8 (0) | 68 | 0 |
28 | Kasih | Sabah | Lahad Datu, Kota Kinabalu | 1 | 70 | 2,998 | 21 (0) | 49 | 0 |
29 | Tinusa | Sabah | Sandakan | 1 | 34 | 589 | 34 (0) | 0 | 0 |
30 | Keladi | Selangor | Klang | 1 | 33 | 226 | 13 (0) | 20 | 0 |
31 | Alma | Pulau Pinang, Perak | Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian | 1 | 29 | 478 | 28 (1) | 1 | 0 |
32 | Bestari | Sabah | Sandakan | 1 | 28 | 61 | 11 (0) | 17 | 0 |
33 | Baiduri | Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur | Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai | 1 | 22 | 331 | 5 (0) | 17 | 0 |
34 | Samudera | Sabah | Sandakan | 1 | 9 | 9 | 8 (0) | 1 | 0 |
COVID-19; 25 Okt 2020 Jumlah discaj baru: 579 Jumlah kumulatif:17134 (64.5%) Jumlah kes baru: 823 Jumlah kumulatif: 26565 Jumlah kes aktif: 9202 Kes tempatan: 823 kes Kes import: 0 kes Jumlah kematian:8 Jumlah kumulatif:229 (0.86%) Jumlah kes di ICU: 99 Pesakit intubated: 30
Pertambahan 164 kes discaj direkodkan hari ini.
Pertambahan 88 kes baharu hari ini ( 88 tempatan, 0 luar negara) mengikut pecahan daerah dan mukim seperti berikut:
DAERAH GOMBAK (5 KES)
Batu - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Baiduri) - 1 kes
Kuang - 2 kes lokal
Saringan Kontak (kluster simera) - 2 kes
Setapak - 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
DAERAH HULU LANGAT (18 KES)
Cheras - 3 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Melati) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Kajang - 13 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 7 kes
Saringan Swasta - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 2 kes
Semenyih - 2 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 1 kes
DAERAH HULU SELANGOR (2 KES)
Hulu Bernam - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Serendah - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
DAERAH KLANG (14 KES)
Kapar - 3 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (kluster Merbok) - 2 kes
Klang - 11 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Keladi) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Mentari) - 3 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
DAERAH KUALA LANGAT (14 KES)
Morib - 1 kes lokal
Saringan Tempat Kerja - 1 kes
Tanjung 12 (2) - 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 4 kes
Tanjung Dua Belas (1) - 9 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) - 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Menara) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes
Saringan Tempat Kerja (Kluster Auto) - 1 kes
DAERAH KUALA SELANGOR (1 KES)
Ijok - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
DAERAH PETALING (28 KES)
Bukit Raja - 3 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Damansara - 5 kes lokal
Saringan Kontak (kluster simera) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pra-Kemasukan Hopsital - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 2 kes
Petaling - 9 kes lokal
saringan bergejala (Kluster Auto) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Mentari) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes
Sungai Buloh - 11 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Komuniti (Kluster Utama) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Melati) - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Melati) - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Utama) - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes
DAERAH SABAK BERNAM (1 KES)
Panjang Bedena - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
DAERAH SEPANG (5 KES)
Dengkil - 1 kes
Saringan Tempat Kerja - 1 kes
Labu - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Sepang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Kluster Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dan Kluster Penjara Kepayan, Sabah, mencatatkan kes baharu paling tinggi.
Kedua-dua kluster ini terasing daripada orang ramai.
Berikut senarai 9 kluster baharu #COVID19 yang dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan 116 kluster aktif. Rujuk infografik untuk maklumat terperinci 9 kluster baharu hari ini.