Translate

19 August 2020

Sebahagian kaunter Balai Polis Sentul ditutup pagi tadi, tetapi Lelaki Yang Menunjuk Simptom Covid-19 yang ke Balai disahkan bukan pesakit Covid-19



UPDATED - HARIAN METRO

LELAKI warga emas yang hadir di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur dan dikatakan memakai gelang kuarantin untuk membuat laporan polis, hari ini, bukan pesakit Covid-19.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, lelaki berkenaan yang berusia 81 tahun adalah pesakit biasa yang pernah dimasukkan dan dirawat di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Lelaki itu datang ke Balai Polis Sentul untuk membuat laporan pada 10.20 pagi. Ketika itu, hanya lelaki berkenaan berada di tempat duduk berhampiran kaunter pertanyaan selain anggota polis bertugas.

"Pemerhatian anggota bertugas di bahagian kaunter pertanyaan mendapati lelaki itu menunjukkan simptom Covid-19 kerana sesak nafas dan batuk selain dipercayai baru keluar dari hospital," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Sebahagian kaunter Balai Polis Sentul ditutup - Ketua Polis Negara
 

Lelaki di Balai Polis Sentul disahkan bukan pesakit COVID-19

 

 COVID-19: Sebahagian kaunter Balai Polis Sentul ditutup - Ketua Polis Negara

19/08/2020 04:06 PM

DENGKIL, 19 Ogos -- Sebahagian kaunter aduan di Balai Polis Sentul di Kuala Lumpur ditutup atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah dikunjungi seorang individu ingkar arahan kuarantin COVID-19, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata walaupun sebahagian kaunter aduan ditutup namun operasi balai berjalan seperti biasa.

“Kejadian berlaku apabila seorang individu bergelang tangan merah jambu hadir ke balai terlibat untuk membuat aduan dirinya diganggu orang awam.

Anggota yang bertugas kemudian mendapati individu berkenaan mempunyai simptom batuk sebelum ia dilaporkan kepada pihak hospital,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media Operasi Bersepadu Khazanah di Paya Indah Wetlands, di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata perkara berkenaan kemudian dimaklumkan kepada pihak KKM dan kementerian itu meminta kawasan yang dikunjungi mangsa ditutup bagi operasi sanitasi.

“Maklumat lanjut pihak KKM akan umum pada petang ini,” katanya ringkas

Hari ini, tular di media sosial satu notis dikeluarkan Ketua Balai Polis Sentul memaklumkan Balai Polis Sentul ditutup sementara bertarikh hari ini selepas diarahkan pihak KKM melalui Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP S Shamugamoorthy Chinniah dalam kenyataan berkata tindakan sanitasi sekitar balai berkenaan telah dibuat manakala petugas tidak dibenarkan keluar dari lokasi sehingga dimaklumkan HKL.

“Balai Polis Sentul akan beroperasi seperti biasa selepas selesai proses sanitasi kedua,” katanya.


-- BERNAMA

No photo description available.








Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Netizen's Bewildered Its A Just a fine for stealin' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Brussels viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 4 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 5 hrs 11 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 5 hrs 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 5 hrs 23 mins ago