Translate

14 August 2020

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan oleh SPRM (1 Video)

Pengarah Penguatkuasa MBSA Direman

 

 BERNAMA

14/08/2020 05:05 PM



KUALA LUMPUR, 14 Ogos -- Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terbabit dalam sindiket melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian di Sungai Buloh, dekat sini.

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 59 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas diambil keterangan pada jam 10 pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan suspek dan enggan mengulas lanjut.

Hari ini, Bernama melaporkan tiga lagi anggota penguat kuasa MBSA direman untuk membantu siasatan kes menerima rasuah untuk melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh.

Sebelum ini, tular dua klip video dibuat oleh secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap premis perniagaan haram dan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED