Imigresen tumpas dua sindiket dokumen palsu didalangi warga asing
BERNAMA
22/08/2020 07:01 PM
KUALA LUMPUR, 22 Ogos -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) percaya, mereka berjaya menumpaskan dua sindiket pemalsuan dokumen di sekitar Kuala Lumpur yang didalangi warga asing, hasil serbuan ke atas dua lokasi berasingan pada Khamis (20 Ogos) dan semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam kedua-dua serbuan berkenaan, sembilan warga asing berumur antara tujuh dan 40an, tujuh daripadanya warga Bangladesh dan dua lagi warga Indonesia, ditahan.
Menurut Khairul Dzaimee, dalam serbuan pertama ke atas sebuah rumah di Danau Desa pada Khamis, empat warga asing berumur dalam lingkungan 40an, masing-masing dua warga Bangladesh dan warga Indonesia, dipercayai dalang utama sindiket itu ditahan.
Menurutnya dalam serbuan berkenaan juga, dua kanak-kanak masing-masing berumur tujuh tahun turut ditahan.
Khairul Dzaimee berkata sindiket yang didalangi kumpulan ini, disyaki memberikan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu, kepada pekerja sektor pembinaan dalam kalangan warga Bangladesh.
“Setelah diperiksa, kami mendapati mereka ini bertindak sebagai ejen kepada pekerja asing, walaupun tidak berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia.
“Mereka mengenakan caj bayaran sekitar RM6,500 hingga RM8,000 untuk setiap permohonan pertama, manakala untuk pembaharuan pula dikenakan caj sebanyak RM2,500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Khairul Dzaimee, dalam serbuan berkenaan juga pihaknya merampas 177 pasport warga asing, salinan transaksi bayaran, wang berjumlah RM4,000, dua unit komputer, dua unit mesin pencetak, sebuah kereta Perodua Alza dan beberapa salinan slip permohonan ‘Rehiring MyEG’.
Dalam serbuan kedua di Apartmen Vista Saujana semalam (21 Ogos) pula, Khairul Dzaimee berkata pihaknya menahan tiga lelaki warga Bangladesh berumur dalam lingkungan 30an, kerana disyaki menjalankan aktiviti mencetak PLKS dan pas khas untuk dipasarkan kepada warga asing, terutamanya dari Bangladesh.
Hasil serbuan itu, pihaknya merampas sebanyak 58 keping pasport dan enam keping pelekat Visa Jabatan Imigresen, dengan lima daripadanya telah bercetak.
Menurut Khairul Dzaimee ketiga-tiga suspek berkenaan disyaki telah menjalankan kegiatan itu sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, dengan mengenakan bayaran sebanyak RM5,000 kepada setiap mangsa sindiket.
Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 5D Akta Imigresen 1956/63, kerana memalsukan dokumen.
-- BERNAMA