Translate

14 August 2020

Harga petrol RON95 dan RON97 naik 5 sen, diesel naik 3 sen


RON97, RON95 masing-masing naik 5 sen kepada RM1.98 dan RM1.68 seliter; diesel naik 3 sen kepada RM1.82 seliter

BERNAMA

14/08/2020 07:31 PM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos -- Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen manakala diesel naik tiga sen bagi tempoh 15 hingga 21 Ogos 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.68, RON97 (RM1.98) dan diesel RM1.82.

“Kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED