Translate

17 August 2020

Dua restoran nasi kandar di Kepala Batas ditutup seminggu ingkar SOP

BERNAMA


17/08/2020 09:53 PM

KEPALA BATAS, 17 Ogos -- Dua restoran nasi kandar di daerah ini diarah tutup selama tujuh hari kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam operasi bersama pihak polis hari ini.

Kesalahan yang dilakukan oleh restoran terbabit ialah tidak mengehadkan jumlah pengunjung dan tiada penjarakan fizikal sesama pelanggan, katanya dalam kenyataan.

Menurutnya operasi yang bermula pada 5 petang itu turut menyaksikan tiga kedai makan termasuk sebuah restoran mi goreng yang terkenal di daerah ini diberi amaran kerana tidak patuh SOP.

Kelima-lima restoran berkenaan juga dikenakan kompaun RM1,000 masing-masing, katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED