Translate

01 August 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-9 {Local-2 Imported-7} | Active-213 | Total-8985 | Death 125



Kenyataan Akhbar KPK 1 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,647 kes (96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - ogos 1-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 1 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat sembilan (9) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,985 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 213 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada sembilan (9) kes baharu yang dilaporkan, tujuh (7) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lima (5) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara. Tujuh (7) kes import tersebut adalah dari negara:

  • India (2 kes di Selangor);
  • Emiriah Arab Bersatu (UAE) (1 kes di Selangor);
  • Jepun (1 kes di Selangor);
  • Switzerland (1 kes di Selangor);
  • Filipina (1 kes di Perak); dan
  • Pakistan (1 kes di Perak).

Daripada dua (2) kes penularan di dalam negara, satu (1) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu (1) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (1 kes) adalah di negeri Kedah. Kes tersebut adalah daripada Kluster PUI Sivagangga.

Bagi kes jangkitan dalam negara (1 kes) di kalangan bukan warganegara pula adalah di negeri Selangor. Kes tersebut adalah daripada Kluster Bukit Tiram dan akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19 (6)

KES PERTAMA DI LUAR NEGERI JOHOR BAGI KLUSTER BUKIT TIRAM  

Sehingga 1 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 135 orang telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19;
  • 124 negatif; dan
  • Satu (1) masih menunggu keputusan.

Daripada 10 kes positif, empat (4) orang adalah bukan warganegara Malaysia. Kes positif yang dilaporkan pada hari ini (kes ke-8977) merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8893 dari negeri Johor. Melalui siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah, kes positif ke-8893 didapati menginap di rumah kes ke-8977 pada 16 Julai 2020 sehingga 19 Julai 2020 di Selangor. Justeru, beliau telah dikenalpasti dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah.

Ujian saringan COVID-19 kali kedua dijalankan apabila kes ke-8977 mengalami gejala batuk dan sakit tekak. Beliau dikesan positif dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh

Pecahan kes dan kontak rapat mengikut negeri adalah seperti di bawah:

NEGERIBILANGAN KONTAK RAPATBILANGAN

KES POSITIF

Johor699
Melaka110
Selangor181
WP Kuala Lumpur & Putrajaya210
Terengganu60
JUMLAH12510

PEMAKAIAN PELITUP MUKA WAJIB MULAI 1 OGOS 2020

KKM ingin memaklumkan bahawa Kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak tumpuan umum bermula 1 Ogos 2020. Ini merupakan salah satu strategi untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Individu yang mengingkari arahan ini bakal berdepan hukuman denda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Namun harus diingati bahawa, penggunaan pelitup muka harus diamalkan bersama dengan penjagaan kebersihan tangan dengan kerap dan penjarakan fizikal (physical distancing) yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu (1) meter daripada orang lain.

Terdapat 2 jenis pelitup muka yang boleh digunakan bagi tujuan pencegahan tersebut iaitu pelitup muka perubatan (medical) dan pelitup muka bukan perubatan (non-medical).

  1. Pelitup muka perubatan seperti 3 ply surgical mask, digunakan oleh petugas Kesihatan; orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan; golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas (iaitu mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas); dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
  2. Penggunaan pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak mengalami gejala namun berada di tempat-tempat di mana penjarakan fizikal sukar diamalkan.

Terdapat juga pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik di pasaran. Namun, ia mungkin tidak menepati ciri-ciri yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Pelitup muka tersebut boleh dipakai untuk kegunaan orang awam tetapi keberkesanannya mungkin berbeza bergantung kepada jenis dan bilangan lapisan kain yang digunakan. Adalah diingatkan bahawa pelitup muka tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Semua pelitup muka perlu dipakai dan dilupuskan dengan cara yang betul.

Pelitup muka tidak boleh dipakai oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua (2) tahun, bagi mereka yang sukar bernafas dan individu yang tidak sedarkan diri, kurang berupaya, atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.

Masyarakat diseru untuk memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan dalam memerangi kejadian ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh merupakan satu peribahasa yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan Malaysia dalam menghadapi pandemik COVID-19 yang melanda dunia bersama.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan masyarakat agar terus waspada dan terus amalkan nasihat-nasihat ini sebagai satu kebiasaan baharu bukan sahaja semasa musim perayaan, namun dalam kehidupan harian misalnya:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu iaitu:

  • S :Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O :Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P :Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS019
KEDAH1110
PULAU PINANG0121
PERAK2 (2)264
SELANGOR6 (5)2,129
NEGERI SEMBILAN01,029
MELAKA0258
JOHOR0742
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0398
SARAWAK0678
W.P. KUALA LUMPUR02,476
W.P. PUTRAJAYA098
W.P. LABUAN019
JUMLAH KESELURUHAN(7)8,985

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Image








Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED