Translate

05 August 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-21 {Local-6 Imported-15} | Active-196 | Total-9023 |


Kenyataan Akhbar KPK 5 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 18 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,702 kes (96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 5 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 21 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,023 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 196 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan warganegara Malaysia. Kes-kes ini akan diringkas di bawah.

Kesemua enam (6) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Kedah:tiga (3) kes daripada Kluster PUI Sivagangga seperti yang diperincikan di bawah;
  • Sabah – dua (2) kes:
    • Satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Elizabeth(HQE);
    • Satu (1) kes saringan pra prosedur di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS);
  • Johor:satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (HSAJB).

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.385 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KES POSITIF COVID-19 DARI LUAR NEGARA

Seperti yang dimaklumkan di atas,15 kes import yang telah dilaporkan pada hari ini semuanya melibatkan warganegara Malaysia yang telah mendapat jangkitan COVID-19 dari luar negara. Mereka telah pulang ke Malaysia dari negara-negara tersebut:

  • Yaman (12 kes);
  • Papua New Guinea (1 kes);
  • Ivory Coast (1 kes); dan
  • United Kingdom (1 kes).

Semua kes import ini adalah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka telah diasingkan di pusat kuarantin selepas ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa Kuala Lumpur International Airport (KLIA), justeru tidak membawa risiko jangkitan kepada masyarakat setempat. Implementasi kawalan sempadan antarabangsa yang ketat adalah penting bagi mengelakkan berlakunya penularan dalam negara bagi jangkitan COVID-19 yang berpunca dari luar negara.

KES POSITIF BAHARU DIKESAN DALAM KLUSTER PUI SIVAGANGGA

Sehingga 5 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 1,647 orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini:

  • 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 754 negatif; dan
  • 869 masih menunggu keputusan.

Pecahan warganegara bagi kes positif kluster ini adalah seperti berikut:

  • 19 warganegara Malaysia; dan
  • 5 bukan warganegara.

Tiga (3) kes baharu telah dikesan dalam Kluster PUI Sivagangga pada hari ini. Ketiga-tiga kes tersebut dikenalpasti melalui saringan kontak rapat kes positif kluster ini, di mana mereka adalah kes generasi kedua. Dua (2) daripada kes-kes tersebut adalah kontak rapat kepada kes ke-9000 di mana kedua-duanya adalah anak kepada kes tersebut (iaitu kes ke-9021 dan kes ke-9022). Seorang daripada anak beliau telah mengalami gejala saluran pernafasan pada 30 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan.

Kes ketiga (iaitu kes ke-9023) pula adalah kontak rapat kepada kes ke-8976. Beliau telah mengalami gejala demam serta gejala saluran pernafasan pada 2 Ogos 2020 dan telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Taman Selasih, Kulim. Adalah dimaklumkan bahawa terdapat satu mesej tular palsu berkaitan kes ini yang memberikan maklumat terperinci kawasan yang telah beliau lawat. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan mesej palsu tersebut kerana ianya adalah tidak tepat. Tindakan pengesanan kes secara aktif akan diteruskan, dan situasi semasa akan dimaklumkan.

Ketiga-tiga kes baharu ini dikesan positif pada 4 Ogos 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Masyarakat haruslah sentiasa waspada dan terus amalkan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh KKM sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian. Antara nasihat-nasihat tersebut adalah seperti berikut:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S :Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O :Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P :Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS020
KEDAH3125
PULAU PINANG0121
PERAK0264
SELANGOR02,130
NEGERI SEMBILAN01,029
MELAKA0258
JOHOR1743
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH2402
SARAWAK0678
W.P. KUALA LUMPUR15 (15)2,491
W.P. PUTRAJAYA098
W.P. LABUAN020
JUMLAH KESELURUHAN21 (15)9,023

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


PERINCIAN KES BAHARU (21) KL - 15 - 12 kes import WN pulang dari Yaman - 1 kes import WN pulang dari Ivory Coast - 1 kes import WN pulang dari UK - 1 kes import WN pulang dari Papua New Guinea KEDAH - 3 - 3 kes Kluster PUI Sivagangga


Image

Image



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED