Translate

16 August 2020

29 Individu Ditahan di sebuah pusat hiburan di Langkawi dalam satu serbuan pagi tadi, semua dikompoun RM1,000 (1Video)




29 ditahan ingkar PKPP berhibur di pusat hiburan

 

 Surirumah dan suaminya berusia 40 tahun bersama 27 individu lain yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuah, Langkawi dalam serbuan bermula 2 hingga 6 pagi, hari ini.

Padahnya premis hiburan di Jalan Bunga Raya, Kuah, Langkawi diserbu polis kerana ingkar PKPP 29 pelanggan termasuk pemilik premis ditahan untuk siasatan termasuk dikompaun RM1,000.

Hasil tinjauan mendapati, pintu di bahagian depan premis itu tertutup rapat seolah-olah tidak beroperasi dan pelanggan hanya dibenarkan masuk melalui pintu belakang.






'Bimbang dia berfoya-foya' alasan isteri temani suami ke kelab malam


Astro Arena | Ogos 16, 2020 


Antara 29 yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Langkawi awal pagi tadi. -Astro AWANI/Adie Sufian Zulkefli
KUAH: Sanggup menemani suami ke pusat hiburan kerana ingin merasai keseronokan selain bimbang lelaki itu berfoya-foya dengan wanita lain.

Itu alasan yang diberikan seorang wanita berusia 39 tahun yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kuah, Langkawi awal pagi tadi.

Dalam serbuan antara jam 2 pagi dan berakhir jam 6 pagi tadi, wanita itu memaklumkan kepada polis dia berkunjung ke kelab malam itu bagi merasai suasana di pusat hiburan.

Pasangan yang mempunyai empat anak lelaki berusia enam hingga 16 tahun itu berkata dia tahu kesalahan dilakukannya namun bimbang suaminya berfoya-foya dengan wanita lain di luar pengetahuannya.

Wanita ini dan suaminya berusia 40 tahun ditahan polis bersama 27 individu lain kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Datang dengan suami, dia bawa datang sini.

"Saya tak minum. Ini kali ketiga (saya datang) sepanjang PKP," kata wanita itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Deputi Superintendan Roszemi Mat Derus berkata kesemua 29 individu terbabit ditahan memandangkan aktiviti pusat hiburan masih belum dibenarkan beroperasi di pulau itu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka berkumpul dan tidak mengamalkan penjarakan sosial selain tidak memakai pelitup muka.

Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk tindakan lanjut.

Enam daripada 29 yang ditahan dikesan positif dadah jenis methapetamine dan ganja dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 3(7) PKPP 2020 kerana ingkar PKPP dan dikompaun RM1,000 setiap seorang.

Mereka juga didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Mungkin anda terkena serang' 2 mins ago
A visitor from San jose viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 2 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 4 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Kesesakan di Lebuhraya KL-Karak dijangka berterusa' 4 mins ago
A visitor from Washington viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Mungkin anda terkena serang' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sultan Pahang titah pentingkan keselamatan jalan r' 24 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'Mungkin anda terkena serang' 33 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'ASEAN digesa tingkat pelaburan modal sektor swasta' 35 mins ago