Translate

01 August 2020

26 individu dikompaun gagal pakai pelitup muka




BERNAMA

01/08/2020 09:48 PM


JOHOR BAHRU, 1 Ogos -- Sebanyak 26 kompaun dikeluarkan terhadap orang awam di Kota Tinggi kerana gagal memakai pelitup muka yang diwajibkan oleh kerajaan bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kompaun itu dikeluarkan susulan operasi dijalankan di pantai awam Batu Layar, Bayu Damai dekat sini.

“Kesemua mereka didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan pendemik COVID-19.

“Mereka telah dimaklumkan mengenai kesalahan itu dan kompaun bernilai RM1,000 diberikan mengikut Perkara 10, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB)(No 7) 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hussin, polis memberi amaran keras malah tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar SOP berkenaan.

Pemakaian pelitup separuh muka adalah diwajibkan di tempat awam bermula 1 Ogos berikutan kerajaan menyedari terdapat trend peningkatan jangkitan kes COVID-19 dalam kalangan rakyat, selain berkurangnya pematuhan orang awam terhadap SOP ditetapkan.


Keputusan mewajibkan pemakaian pelitup muka itu diumumkan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri pada 23 Julai lepas.

--BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Alabama viewed 'Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau tarif, beke' 53 secs ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau tarif, beke' 54 secs ago
A visitor from Los angeles viewed 'Turkiye teruskan kerjasama dengan Indonesia berkai' 16 mins ago
A visitor from Las vegas viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 19 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Turkiye teruskan kerjasama dengan Indonesia berkai' 20 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 36 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 41 mins ago