Translate

25 January 2019

TLDM kesal dengan tindakan seorang lelaki menyamar dan mempersendakan nama baik Pasukan Khas PASKAL di app BIGO




Sengaja persenda nama baik PASKAL

MyMetro

LELAKI yang menyamar sebagai anggota PASKAL dalam perbualan dengan seorang pondan di aplikasi Bigo sebelum tular di media sosial.


Mohd Jamilul Anbia Md Denin
cnews@nstp.com.my







PIHAK Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kesal dengan tindakan seorang lelaki menyamar dan mempersendakan nama baik Pasukan Khas Laut TLDM atau singkatannya PASKAL.

Video lelaki berusia sekitar 20-an itu yang tular di media sosial dikesan mula tersebar sejak kelmarin dan mengundang pelbagai reaksi nitizen.


Lelaki terbabit didapati memperkenalkan dirinya sebagai anggota PASKAL ketika berinteraksi bersama seorang individu dipercayai pondan menggunakan aplikasi Bigo.


Jurucakap TLDM ketika dihubungi berkata, berdasarkan video berdurasi 54 saat yang tular di media sosial itu, lelaki berambut pendek itu tampil dengan wajah bengis ketika berbual secara langsung melalui Bigo.

“Pada awal perbualan ‘wanita’ terbabit bertanya kepada lelaki itu sama ada sudah makan atau belum. Namun soalan itu dijawab dengan nada serius mendakwa dia sudah memakan labi-labi.

“Tidak puas hati dengan jawapan itu, wanita terbabit kemudian bertanyakan bagaimana rasa (daging) labi-labi itu. Pertanyaan itu sekali lagi dijawab dengan kasar mendakwa daging labi-labi mempunyai rasa tidak sama dengan khinzir atau ikan siakap.

“Wanita terbabit kemudian bertanya mengapa lelaki terbabit terlalu serius ketika berkomunikasi sebelum lelaki itu menjawab dia adalah anggota PASKAL.

“Jawapan itu serta-merta disahut beberapa lagi individu dipercayai rakan lelaki terbabit dengan jeritan ‘Hidup PASKAL!’,” katanya.

Beliau berkata, pihak TLDM sudah menjalankan siasatan dalaman dan mendapati individu terbabit bukan anggota TLDM atau PASKAL seperti didakwa.

Katanya, tindakan lelaki itu seolah-olah sengaja mencemar nama baik PASKAL.

“Mungkin populariti filem PASKAL menyebabkan lelaki berkemeja T dan berkain pelikat itu sengaja menyamar.

“Untuk menjadi anggota PASKAL, seseorang itu perlu melalui banyak ujian seperti aspek ketahanan fizikal dan mental sebelum mengikuti kursus asas komando.

“Selalunya ada 120 ke 150 orang calon, tetapi hanya 15 orang sahaja yang terbaik dan terpilih kerana berjaya melepasi semua tapisan ditetapkan setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata, anggota PASKAL sentiasa menjaga tingkah laku dan harus memberikan sepenuh perhatian terhadap ikrar mereka sebagai anggota elit PASKAL.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 January 2019 @ 9:45 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed '22 ahli sindiket tawaran kerja sambilan tak wujud ' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Ber' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Ugut Bapa Tiri | Anak lelaki pengasas Dnars dilepa' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A Sessions Court judge and a deputy public prosecu' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 23 mins ago