Translate

29 January 2019

Ketua kumpulan Dewa 19 yang juga gitaris utamanya, Ahmad Dhani dikenakan hukuman penjara 18 bulan, konsert akan diteruskan



DEWA 19 dijadualkan menjayakan konsert di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu ini. Foto Nizra Production



Ahmad Dhani dipenjara, konsert Dewa 19 tetap diteruskan


Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Penganjur Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia Feat Ari Lasso & Once Mekel, Nizra Production menafikan, konsert itu bakal ditunda atau dibatalkan.

Pengarah Urusannya, Nik Iruwan berkata, konsert yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu ini akan tetap diteruskan seperti yang dirancang.

“Kami ingin memaklumkan tiada sebarang penundaan atau pembatalan konsert seperti yang digembar-gemburkan.

“Peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau kerana konsert itu akan tetap berlangsung seperti dijadualkan.

“Dewa 19 juga akan memberikan persembahan terbaik buat semua,” katanya dalam satu kenyataan media.

Isu itu tercetus apabila ketua kumpulan Dewa 19 yang juga gitaris utamanya, Ahmad Dhani dikenakan hukuman penjara 18 bulan selepas disabitkan kesalahan atas tuduhan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosial menerusi perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Jakarta Selatan, hari ini.


Dalam satu temu bual bersama media Malaysia sebelum ini, Dhani memberi bayangan, konsert itu mungkin menjadi persembahan terakhir mereka.

Katanya, ini kerana kumpulan itu tidak lagi menghasilkan album atau single baharu, sebaliknya boleh dianggap sebagai 'band panggilan' yang hanya muncul apabila diundang.

Konsert ini juga dianggap istimewa kerana menggabungkan tiga vokalis asal kumpulan itu iaitu Dhani, Once dan Ari Lasso. Mereka bersilih ganti berada di posisi vokal sejak Dewa 19 ditubuhkan di Surabaya pada 1986.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from New york viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Lelaki didakwa pandu secara berbahaya dalam inside' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Menteri Di JPM Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Positi' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 4 hrs 48 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 5 hrs 48 mins ago