Translate

25 January 2019

Polis sudah merakam kenyataan ADC Najib Razak,DSP Musa Safri bagi membantu siasatan kes pembunuhan model Altantuya




Polis dah rakam keterangan Musa Safri

MyMetro


MOHAMAD Fuzi. FOTO Arkib NSTP


Faris Fuad
faris.fuad@bh.com.my





POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam kenyataan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Razak, Deputi Superintendan Musa Safri bagi membantu siasatan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, enggan mengulas lanjut mengenai kes berbangkit.


“Ya, ya (ketika ditanya jika PDRM sudah ambil keterangan bekas pembantu bekas Perdana Menteri itu) ,” katanya ringkas pada sidang media selepas melancarkan Program Ronda Cegah Jenayah di Berjaya Times Square, di Kuala Lumpur, hari ini.


Sebelum ini, PDRM dilaporkan akan meneliti cadangan menubuhkan sebuah jawatankuasa baharu bagi memantau siasatan kes pembunuhan model Mongolia itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, saksi terbabit kes itu termasuk Musa akan dipanggil semula jika ada keperluan.

Pada 20 Jun lalu, bapa model Mongolia itu, Dr Setev Shaariibuu membuat laporan polis supaya kes pembunuhan anaknya dibuka semula.

Berikutan itu, kerajaan setuju supaya kes berkenaan dibuka semula dan polis sudah mengambil keterangan Dr Setev.

Dr Setev turut meminta polis supaya memanggil Musa kerana lelaki itu saksi yang sangat penting dan sesuatu yang perlu dipertimbangkan semasa pendakwaan.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 January 2019 @ 8:42 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Pandu Kereta Lawan Arus Ditahan Polis | BES' 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sultan Pahang berkenan menyaksikan penutup Eksesai' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Dera Anak Guna Pisau Panas, Ibu Tiri Dipenjara 24 ' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'UK setuju bantu Malaysia dalam bidang teknologi, t' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Srengseng viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Tindakan lanjut sele' 6 hrs 48 mins ago