Translate

29 January 2019

Seorang jurujual Guardian cedera selepas diserang tiga individu termasuk dua ‘mak nyah’ ketika sedang berkerja di farmasi DI KLCC




Kecoh dua mak nyah serang jurujual

MyMetro



RAKAMAN kejadian yang tular.



Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my





SEORANG jurujual cedera di muka, jari dan badan selepas diserang tiga individu termasuk dua ‘mak nyah’ ketika sedang berkerja di sebuah farmasi di pusat beli-belah di Jalan Ampang, di Kuala Lumpur, kelmarin.

Kejadian itu turut tular di media sosial sejak semalam selepas video pergaduhan berkenaan dimuat naik.


Dalam video berdurasi satu minit dua saat itu menunjukkan seorang daripada ‘mak nyah’ terbabit menarik tangan jurujual berkenaan yang sedang bertugas sebelum membawanya keluar daripada premis berkenaan.


Sebaik keluar daripada premis berkenaan, ‘mak nyah’ berkenaan bertindak menampar muka jurujual terbabit beberapa kali serta menarik rambutnya.

Malah, jurujual terbabit turut dilihat melawan serangan daripada ‘mak nyah’ berkenaan dan kedengaran jeritan dalam video berkenaan sebelum ia ditamatkan.

Menurut jurujual terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Mimi, 30, dia sedang bertugas ketika kejadian, sebelum dihampiri seorang ‘mak nyah’ yang ditemani dua rakannya termasuk seorang lelaki.

Katanya, ‘mak nyah’ yang masuk ke premis itu menarik tangannya tanpa memberikan sebarang penjelasan dan terus membawanya keluar daripada premis terbabit kononnya untuk berbincang.

“Saya mengikut saja ketika tangan ditarik oleh individu berkenaan. Ketika di luar farmasi itu, dia terus menampar muka saya kerana dikatakan tidak puas hati terhadap saya yang dikatakan menghinanya.

“Dia menampar saya beberapa kali hingga saya tidak sempat untuk bercakap. Tindakan melampau itu menyebabkan saya bertindak membalas semula serangannya kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mimi berkata, rakan mak nyah berkenaan juga bertindak membelasahnya dalam kejadian itu sebelum dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Ketiga-tiga individu itu kemudian dibawa ke pejabat pengawal keselamatan pusat beli-belah berkenaan dan seorang daripada mak nyah berkenaan mengugut akan mengulangi perbuatan berkenaan (menyerang) kerana masih berdendam.

“Kejadian itu juga menyebabkan telefon bimbit saya hilang. Saya tidak pasti macam mana telefon itu boleh hilang sama ada diambil individu berkenaan atau tercicir,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak, di Kuala Lumpur, hari sama.

Katanya, dia mengenali individu yang menyerangnya itu memandangkan mereka berkawan di Facebook, namun sudah menyekat akaun individu terbabit akibat salah faham ekoran tindakannya berkongsi pautan berita mengenai rakan perniagaan ‘mak nyah’ berkenaan.

“Sebelum ini, saya ada berkawan dengan individu itu di Facebook tapi sudah menyekat akaunnya kerana berlaku salah faham antara kami hanya kerana saya berkongsi pautan mengenai rakan perniagaannya pada Disember lalu.

“Namun, kejadian itu sudah lama berlaku. Saya tidak menyangka amaran rakan sebelum ini yang memaklumkan dia akan bertindak menyerang saya di tempat kerja menjadi kenyataan," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Difahamkan, mak nyah yang menyerang jurujual terbabit adalah rakan perniagaan kepada usahawan kosmetik.

- ends

#kw pergaduhan, mak nyah

Keterangan gambar:

1. RAKAMAN video menunjukkan seorang mak nyah menyerang jurujual di sebuah farmasi di dalam pusat beli belah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kelmarin.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 January 2019 @ 2:25 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/417372/kecoh-dua-mak-nyah-serang-jurujual#utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=dua_mak_nyah_serang_jurujual&webPushId=MTg0NA==

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED