Translate

30 January 2019

DUA mangsa yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Desa Vista disahkan masih belum berkahwin.




Mereka belum kahwin - Polis

MyMetro





Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my





DUA mangsa yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam disahkan masih belum berkahwin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan mendapati pasangan itu merancang untuk berkahwin pada 1 Februari ini.


“Berdasarkan keterangan daripada jiran, kedua-dua mangsa sudah tinggal di rumah berkenaan sejak enam bulan yang lalu.


“Mangsa lelaki adalah seorang duda dan mempunyai tiga anak selepas berpisah dengan isterinya pada 2017 lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fadzil berkata, bedah siasat ke atas mayat wanita setakat ini mendapati punca kematian disebabkan kecederaan akibat benda keras dan tumpul di kepala.

“Manakala bedah siasat ke atas mangsa lelaki mendapati punca kematian kerana lemas akibat asap kebakaran,” katanya.

Semalam, polis mengklasifikasikan semula kematian dua mangsa dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam sebagai kes bunuh.

Laporan awal bedah siasat terhadap mayat Norwahidah Abdul Hamid, 28, mendapati terdapat kesan kecederaan akibat hentakan benda keras di kepalanya.

Polis kini sedang merekodkan beberapa keterangan individu di tempat kejadian bagi membantu siasatan kes berkenaan dan laporan bedah siasat mangsa lelaki masih belum selesai.

Kertas siasatan kes dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian jam 1.13 tengah hari itu, mangsa wanita ditemui di atas katil sebuah bilik manakala mangsa lelaki ditemui dalam bilik air.

Jenazah kedua-dua mangsa yang juga kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya itu dibawa ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED