Translate

23 January 2019

Seorang penyelidik politik Perancis mendakwa beliau menjadi mangsa buli dan diugut para pegawai imigresen ketika tiba di KLIA2




Published on 22 Jan 2019


Seorang penyelidik politik Perancis mendakwa beliau menjadi mangsa buli dan diugut para pegawai imigresen ketika tiba di KLIA2 pada hari Isnin lalu. Beliau berada di sini untuk menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan atas undangan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Ching Tong. Sophie Lemiere, mendakwa seorang pegawai menahan beliau yang baru tiba dari Singapura di kaunter imigresen daripada memasuki negara sekitar pukul 9 malam. Menurut Lemiere, pegawai imigresen berkenaan memberitahunya hal ini disebabkan namanya ditandakan berada dalam senarai polis. Lemiere yang merupakan pakar kajian Malaysia di Ash Center for Democratic Governance and Innovation dari Universiti Harvard berkata telah menjelaskan kepada pegawai itu mengenai jemputan tersebut. Beliau membuat laporan mengenai insiden itu di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya malam tadi. Beliau hadir ke balai polis ditemani peguam N Surendran dan Latheefa Koya. Lemiere merupakan pengarang buku Misplaced Democracy: Malaysian Politics and People, yang antara lain menyorot kegiatan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida) atau lebih dikenali sebagai 'Tiga Line' antara NGO Melayu yang sangat terkenal dan mempunyai anggotanya di seluruh pelosok Malaysia. Beliau menjalankan kajian selama lima tahun di Malaysia mengenai Pekida. Lemiere mendakwa Pekida adalah nama salah satu daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah (BN). Dalam bab berjudul “Gangsta & Politics in Malaysia”, Lemiere mendapati 'Tiga Line' mempunyai dua bentuk iaitu entiti sah dirujuk sebagai “putih” dan kumpulan samseng bawah tanah digelar “merah”. Bagaimanapun, Pekida dalam laporan media menafikan mempunyai kaitan dengan aktiviti haram.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 29 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 3 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tiada keterangan saksi ibu bapa abai Zayn Rayyan -' 4 hrs 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kecual' 4 hrs 23 mins ago