Translate

19 December 2018

Seorang pengurus kanan Lembaga Tabung Haji (TH) yang bergelar Datin ditahan SPRM malam tadi


SPRM tahan pengurus kanan TH bergelar Datin
Faiz Zainudin
-December 19, 2018 11:44 AM
Sumber SPRM berkata, wanita itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya malam tadi.

PETALING JAYA: Seorang pengurus kanan Lembaga Tabung Haji (TH) yang bergelar Datin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi bagi membantu siasatan kes rasuah pengubahsuaian rumahnya berjumlah RM400,000.

Sumber SPRM yang dihubungi FMT berkata, wanita itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8.35 malam Selasa.

Difahamkan, wanita itu memberikan projek penjenamaan semula pejabat cawangan TH membabitkan kos RM15 juta kepada sebuah syarikat kontraktor penghias dalaman dan sebagai balasan, syarikat itu mengubah suai rumah wanita terbabit secara percuma.

Katanya, permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Semalam, Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani ditahan SPRM dan beliau dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman hari ini.

Ahad lalu, SPRM menahan seorang pegawai kanan wanita TH yang berusia 49 tahun dan kemudian meremannya selama 5 hari sehingga Jumaat ini.

Isnin lalu pula, seorang pengurus projek berusia 34 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes sama dan direman 3 hari sehingga esok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan semalam dan semua pegawai TH itu kini disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

FMT sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Pada 30 November lalu, TH membuat laporan polis berhubung kes salah guna kuasa oleh bekas pengerusi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama bekas ketua pegawai eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah, serta beberapa pegawai pengurusan kanannya.

Antaranya Adi Azuan, Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar, penasihat undang-undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah TH, Rifina Md Ariff.

Polis kemudiannya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED