Translate

19 December 2018

Nur Sajat, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.




Sajat didakwa di mahkamah

MyMetro


Muhammad Sajjad atau Nur Sajat hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghadapi pertuduhan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. FOTO Roslin Mat Tahir


Norrasyidah Arshad
norrasyidah@nstp.com.my





AHLI perniagaan kontroversi, Nur Sajat, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Berdasarkan notis yang ditampal di mahkamah, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Prosiding pendakwaan Nur Sajat akan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pihak pendakwa.


Terdahulu, Nur Sajat yang memakai baju berwarna merah serta berkasut tumit tinggi tiba pada jam 9.25 pagi diiringi beberapa rakan.

Media ketika ini masih menunggu prosiding kes berkenaan di mahkamah.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Disember 2018 @ 11:15 AM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED