Translate

03 December 2018

Jabatan Imigresen Gempur PUB GRO Pesta Bunga




Published on 1 Dec 2018

Hadiah kalungan bunga sebagai nilai maruah seseorang GRO asing pada satu malam selepas peragaaan ratu cantik ala Jepun. Itu taktik pelaris sebuah pusat hiburan yang akhirnya digempur Jabatan Imigresen Putrajaya malam tadi. Lokasinya di sebuah pusat hiburan yang terletak dekat solaris mount kiara. Risikan unit q-r-t bahagian perisikan operasi khas dan analisa jam 1245 tengah malam tadi berjaya memberkas 33 lelaki dan wanita warga asing. Ini termasuk 29 wanita warga vietnam, laos, singapura dan thailand berjaya di tahan. Operasi bermula jam 12 malam dengan kekuatan 30 pegawai dan anggota turut mengejutkan lebih 100 pelanggan. Hasil maklumat mendapati premis terbabit menggaji wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan. 4 lelaki warga bangladesh dan pakistan yang juga pelanghan ditahan. Manakala 5 lelaki dan wanita warga tempatan di percayai pekerja dan penjaga premis turut ditanhkap bagi membantu siasatan. Kesemua mereka di bawa ke ibu pejabat imigresen putrajaya untuk tindakan lanjut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED